Bagaimana Penghayatan Al- Quran Melahirkan Identiti Islam(1)


Bulan Ramadhan bulan yang mana pintu-pintu syurga dibukakan, pintu neraka ditutup. Syaitan dibelenggu dan kita disediakan ganjaran dan keampunan yang besar di dalamnya. Terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, yakni lailatul qadar. Ibadah kita di malam itu akan diberi pahala ibadah selama 83 tahun. Demikianlah istimewanya bulan Ramadhan. Kedatangannya umpama kedatangan musim menuai dan memungut hasil, kepergiannya bermakna baru bermula musim menyemai dan bercucuk tanam. Bagi orang mukmin yang bertaqwa kedatangan Ramadhan disambut riang gembira, manakala kepergiannya dihantar dengan penuh sayu.

Kita sedang menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan. Kita kekang nafsu-nafsu kita dari keinginan-keinginannya yang liar, agar nafsu itu tunduk pada peraturan Allah. Jadi puasa ialah satu cara mujahadatunnafsi (melawan hawa nafsu) yang penting. Melawan hawa nafsu adalah termasuk fardhu ain bagi setiap mukmin.
ni adalah berdasarkan kepada kata-kata ulama sufi Bisyul Hati ketika beliau ditanya: Kenapa tuan tidak kahwin?
Maka dijawab begini, Kerana aku belum selesai melakukan perkara fardhu iaitu mujahadatunnafsi.

Kita wajib melawan nafsu kita, sebab ia adalah musuh utama kita. Fiman Allah:
Terjemahan. “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan.”(Yusuf. 53)

Bersabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: ” Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak antara dua lambung engkau.” (Riwayat: Al Baihaqi)

Kerana itulah ketika berjalan pulang dari medan perang Badar Rasul memberitahu sahabat dengan sabdanya:Terjemahannya: Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil menuju kepada medan yang lebih besar. (Terperanjat para sahabat mendengar adanya peperangan yang lebih dahsyat dari apa yang berlaku di Badar, yang meragut banyak nyawa) lantas ditanya pada Rasulullah, Apakah peperangan itu ya Rasulullah? Jawah baginda, Melawan nafsu.

Al Quran telah menetapkan:
Terjemahannya: ” Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan hatinya (nafsunya) dan merugilah orang yang mengotorinya.”(Asy Syams: 9-10)

Seterusnya Allah berfirman:
Terjemahannya : ” Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya, seraya menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya”.(An Naziat: 40-41)

Saudara-saudari yang mulia:
Tujuan mujahadatunnafsi ialah membentuk jiwa yang suci, budi pekerti yang agung dan akhlak yang mulia. Antara akhlak yang dikehendaki oleh Al Quran ialah:
Terjemahannya: ” Hanyasanya orang-orang mukmin itu ialah mereka yang beriman dengan Allah dun RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi lalu berjuang dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orangorang yang benar.” (Al Hujurat: 15)

Terjemahannya: ” Mereka itu amat keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang sesama sendiri. “(Al Fath: 29)

Terjemahannya: ” Dan orang-orang yang sanggup menahan marah dan memaafkan (kesalahan) orang. “(Ah Imran: 134 )

Terjemahan: ” Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji Tuhan, yang merantau (di bumi Allah), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat baik, dan yang mencegah dari perbuatan-perbuatan jahat, dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman itu.” (At Taubah: 112)

Hasil mujahadatunnafsi, maka terpancarlah dalam kehidupan akhlak-akhlak yang agung yang telah berlaku dalam sejarah. Sayidina Abu Bakar kerana yakin dan cintakan jihad fisabilillah mengorbankan semua hartanya ke jalan Allah. Ditanya apalagi yang tinggal padamu. Jawabnya Allah dan Rasul. Sayidina Umar bin Al Khattab ketika jadi khalifah, selalu keluar menanggung guni gandum di waktu orang telah tidur, mencari rakyatnya yang susah supaya diberikan bantuan Bila khadamnya minta untuk menanggung guni itu, Sayidina Umar berkata, Bukan engkau yang akan menanggung bebanku di akhirat kelak.

Sayidina Khalid bin Walid dilucutkan jawatan sebagai ketua turus angkatan tentcra sewaktu di tengah medan perang. Seakanakan tiada apa yang berlaku, beliau terus gigih berjuang. Ditanya, apakah engkau tidak berdukacita atas tindakan Sayidina Umar?

Jawab Sayidina Khalid, Aku berjuang bukan kerana Umar.

Sayidina Ali sekalipun papa kedana, tapi hampir tiap-tiap malam meletakkan makanan di pintu rumah fakir miskin dan janda-janda. Hairan mereka itu siapa yang memberi mereka makanan. Hinggalah bila wafat Sayidina Ali tiada lagi makanan di pintu, tahulah mereka Sayidina Alilah orang yang membekalkan makanan itu.

Sayidina Abu Hurairah bersama beratus-ratus fakir miskin yang menjadi ahli suffah, berumah di serambi masjid Madinah, tidak pernah meminta-minta dan mengadu-ngadu kesusahan itu, sekalipun kadang-kadang sudah dua tiga hari tidak dapat makanan. Orang menyangka mereka itu kaya-kaya belaka. Hati mereka kaya, mereka redha dengan ketentuan Tuhannya.

Seorang pemudi Islam di Madinah ketika sedang duduk di batu, tanpa disedari datang seorang pemuda Yahudi mengikat kainnya pada batu. Bila bangun maka terselaklah kainnya menampakkan auratnya. Kejadian itu menimbulkan kemarahan yang dalam pada pemuda Islam, hingga hampir-hampir tercetus peperangan antara Islam dan Yahudi. Begitulah kesungguhan pemuda-pemudi Islam dahulu mempertahankan maruah. Jauh beza dengan apa yang berlaku kini. Bukan orang lain yang jatuhkan maruah kita tetapi kita senditi yang mendedahkan aurat dan merendahkan maruah diri.

Demikianlah sebahagian dari tindakan yang lahir dari akhlak yang mulia, yang mana kalau ini dapat kita terapkan sekali lagi dalam masyarakat kita, insyaAllah akan terbinalah umat sebagaimana yang dikehendaki oleh Al Quran:

Terjemahannya: ” Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di tengah-tengah manusia. Menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah dari yang mungkar sedangkan kamu beriman dengan Allah.”(Ali Imran:1l0)

Saudara-saudari sekalian:

Bulan Ramadhan adalah bulan turunnya Al Quran. Sebab itu bila tiba saja Ramadhan kita pun buka dan tadarus Quran. Membaca Al Quran itu bererti kita membaca perundangan Islam. Bermula persoalan individu, rumahtangga, jiran tetangga, masyarakat, ekonomi, pendidikan, pembangunan, politik hinggalah kepada persoalan alam sejagat, semuanya termaktub dalam Al Quran sebagai satu sistem hidup yang sempurna dan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Tidak ada sedikit campur aduk antara sistem ini dengan apa juga sistem lain, yang direka-reka dan diundi-undi oleh mana-mana juga manusia. Selaku hamba Allah, Al Quran adalah wahyu Allah dan jauh bezanya dengan kemampuan otak manusia. Jadi kalau kita membaca Al Quran sepanjang bulan Ramadhan, maka bererti kita telah membersihkan fikiran kita dari segala ismaisma ciptaan manusia. Yang tinggal dalam fikiran kita sekarang ialah Islam iaitu satu-satunya sistem yang mesti kita yakini dan amalkan serta perjuangkan.
Nasionalisma, kapitalisma, komunisma, feudalisma, materialisma, sekularisma, imperialisma, naturalisma dan apa juga lagi, semuanya adalah bikinan manusia dan tidak layak diterima sebagai penmdangan dan sistem hidup masyarakat manusia. Isma-isma itu bukan saja tidak mampu membahagiakan kita di akhirat tapi di dunia lagi, selalu menjerumuskan manusia atau kelompok manuia dalam huru hara dan kebinasaan. Lihatlah dunia hari ini bukan saja negara-negara kecil seperti Malaysia tapi di Amerika dan Rusia selaku kuasa besar dunia, manusia tidak henti-henti merompak, berbunuh-bunuhan, berperang, berzina, merogol, rasuah, anak-anak tidak kenal ibu bapa, isteri liar suami curang, pengikut derhaka, pemimpin khianat dan 1001 macam jenayah lagi. Bukan kerana miskin atau jahilatau lemah tetapi adalah kerana sistem hidup yang mereka pilih telah menjunamkan mereka ke dalam neraka dunia sebelum neraka akhirat.

Nasib yang sama tertimpa juga pada umat Islam di negara-negara mana juga mereka berada kerana mereka tidak mengikut Islam. Nama saja Islam tetapi anutan mereka sebenamya ialah apa yang dianut di barat. Nasionalisma, kapitalisma, sosialisma, sekularisma dan lain-lain lagi. Mereka tidak sedar bahawa bila mereka menolak Islam mereka telah syirik. Dan bila menolak Islam bererti mereka memilih kehidupan yang liar, pecah belah, keruntuhan akhlak, tindas-menindas, rasuah, gila kuasa, tidak hormat-menghormati dan keputusannya ialah kehinaan dan kemusnahan di dunia.

‹ Bagaimana Penghayatan Al- Quran Melahirkan Identiti IslamupBagaimana Penghayatan Al- Qura

Iklan