Bagaimana Penghayatan Al- Quran Melahirkan Identiti Islam(2)


Firman Allah:
Terjemahannya: ” Apakah kamu heriman dengan sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tidak ada balasan orang yang bersikap demikian daripadamu melainkan hidup hina di dunia dan di akhirat mereka akan dihumbankan ke dalam azab yang maha pedih.”(Al Baqarah: 85)

Saudara-saudari yang berbahagia: Ada umat Islam sendiri yang menjadi pendukung dan pejuang kepada nasionalisma, kapitalisma, sosialisma, komunisma, sekularisma bikinan orang-orang barat (kafir) itu. Mereka memujadan mengagungkan isma-isma tadi sebagai satu kebenaran yang mesti ditegakkan dan diperjuangkan. Mereka terima sistem hidup berdasarkan isma tadi dan dengan bangga melaungkan bahawa melalui sistem itulah segala pembangunan dan kemodenan boleh dicapai. Kejatuhan umat Islam dulu dikira sebagai bukti bahawa Islam tidak dapat menyaingi kemampuan yang ada pada barat. Sebab itu, perjuangan umat mesti berkiblat kepada barat, sekalipun waktu sembahyang mereka mengadap kiblat yang ditunjukkan oleh Allah SWT yakni kiblat yang sebenar.Umat Islam jenis apa ini, biasanya mengaji kitab di London, Amerika dan lain-lain negara barat. Tok guru mereka termasuklah yang mengajar subjek Islam biasanya penganut Yahudi atau Nasrani atau free thinker yang sangat anti pada Islam.

Firman Allah:
Terjemahan: ” Sekali-kali tidak redha Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu ikut agama mereka.” (Al Baqarah: 120)

Maka tidak hairanlah bila balik ke tanah air, bertemu dengan pejuang Islam yang memahami Islam yang benar-benar berlandaskan Al Quran dan sunnah dituduh dan ditohmah sebagai kesesatan, yang boleh melemahkan dan menghalang kemajuan. Dengan keyakinan itu puak yang menamakan diri mereka nasionalisma Islam, sosialisma Islam, kapitalisma Islam dan lain-lain lagi telah menggunakan berbagai senjata untuk menyerang kumpulan yang mereka istilahkan sebagai fanatik dan dogmatik Islam tadi. Ucapan mereka, tulisan dan sikap mereka nyata sekali bermaksud menghentam dan menyekat kemaraan Islam dan ini tidak ada apa-apa beza dengan ucapan, tulisan dan sikap tok-tok guru mereka yang ada di London dan Amerika sana. Sepatutnya pun begitulah, bila bapanya borek, anaknya tentu rintik.

Saudara-saudari yang dihorrnati sekalian:
Umat Islam itu adalah majoriti dan mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat. Kekuatan mereka umpama gelombang besar di samudera yang menghempas, memulas, membumbung, menelan dan melanda apa saja yang di depannya. Sedangkan kita, golongan minoriti ini umpama kapal kecil yang terumbang-ambing dalam samudera ganas tadi. Bila-bila masa saja kita boleh hilang ditelan gelombang kalau terputus hubungan dan bantuan dari keyakinan kita, yakni Allah SWT. Tapi kalau kita dapat ikut betul-betul arahan jurumudi, Nabi Muhammad SAW yang ditunjuk oleh keyakinan, maka kita akan dapat membelah gelombang menuju ke tanah harapan. Di sanalah tumbangnya Rom dan Farsi di pangkuan sahabat. Di sanalah Islam menguasai 3/4 dari dunia ini. Itu bukti sejarah dan ia boleh berulang kalau kita gunakan procedure yang sama.

Firman Allah yang bermaksud: ” Dan mereka pun yakin bahawa benteng-benteng mereka itu dapat melindungi diri mereka dari kuasa Allah. Maka Allah pun menimpakan seksaanNya ke atas mereka dari jurusan-jurusan yang tidak mereka sangkakan.” (Al Hasyr: 2)

Saudara-saudari sekalian:

Untuk menegakkan Quran dan Sunnah kita mesti faham kandungan keduanya. Kita mesti tahu apa Allah kata dan apa Rasul kata. Kalau tidak bagaimana kita boleh menyambung lidah mereka. Tapi untuk faham Quran dan sunnah jangan rujuk kepada Yahudi dan Nasrani musuh Islam. Kalau rujuk juga jadilah kita macam tikus yang berkawan dengan kucing. Walaupun macamana alim pun kucing, namun ini tidak akan membatalkan niatnya untuk menangkap tikus.

Rujukan sebenar ialah pada ulama amilin, sama ada melalui tulisan, sikap dan ucapan yang mereka paksakan pada kita. Merekalah pewaris nabi yang kalau kita ikut mereka, bererti kita ikut nabi. Tidak ada sebarang kompromi antara kita dengan musuh. Fikiran mereka jangan jadikan fikiran kita, akhlak mereka jangan jadikan akhlak kita, teknik perjuangan mereka jangan jadi teknik perjuangan kita, Islam ada fikiran dan pegangan yang tersendiri. Islam ada akhlak sendiri dan Islam mempunyai (uslub) yang jauh bezanya dengan apa yang direka-reka oleh manusia. Sebab Islam adalah hak Allah dan kerana itu Islam adalah tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.

Saudara-saudari yang dihormati sekelian:
Perjuangan Islam hendaklah jelas dan tepat, tanpa sedikit campur baur dengan sebarang perjuangan lain. Dan ini boleh dicapai dengan memahami betul-betul apa yang telah digariskan dalam Al Quran dan sunnah. Sesudah itu pejuang Islam hendaklah memiliki kesabaran, ketabahan, akhlak yang mulia, bijaksana dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi pada pcmimpin. Setiap pejuang mesti membuktikan bahawa telah ada sifat-sifat itu pada dirinya barulab layak mereka memikul tugas berat ini. Kita tidak mahu ahli yang ramai tetapi rendah kualitinya.

Firman Allah:
Terjamahannya: ” Pada hari peperangan Hunain, ketika kamu berbangga-bangga disebabkan bilangan kamu yang lebih banyak itu, namun bilangan yang banyak itu tidak dapat menolong kamu barang sedikit pun.”(At Taubah: 25)

Biar sedikit bilangan kita tapi semuanya adalah singa, yang tidak dapat dilemahkan oleh ugutan, ancaman, cabaran, tentangan, kemiskinan, kenikmatan hidup seperti isteri cantik, kelaparan dan kekurangan pengikut. Tiada suatu yang ditakuti kecuali kemurkaan Allah dan azab ncraka. di akhirat. Terkorban dan syahid dalam perjuangan bukannya ditakuti malah didoakan.

Firman Allah:
Terjemahannya: ” Orang-orang yang memberikan apa yang mereka berikan sedangkan hati mereka penuh takut kepada Allah, (kerana mereka mengetahui bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhannya.”(Al Mukminun: 60)

Saudara-saudari yang berbahagia:
Secara umum jemaah Islam di Malaysia atau di luar Malaysia masih belum membebaskan diri dari musuh. Pendidikan sekular, ekonomi riba, pakaian dedahkan aurat, akhlak liar dan lain-lain. Ertinya kita masih turut membantu apa yang diperjuangkan oleh musuh yakni sekularisma, kapitalisma, sosialisma dan lain-lain. Belum jelas bahawa perjuangan itu dilandaskan pada sunnah Rasulullah SAW seperti apa yang menjadi perjuangan ahli sunnah wal jamaah, campur aduk ketara sekali: Di segi semangat tiru Syiah, di segi keyakinan ikut Wahabi, di segi teknik ambil demokrasi, di segi tindakan ala komunis. Berniaga macam kapitalis, pendidikan anak-anak cara sekular, mesyuarat berbentuk mujadalah dan bertegang urat macam orang kafir, isteri dedah aurat bekerja untuk kehidupan masih tetap terikat dengan sistem orang (musuh).

Pejuang-pejuang Islam belum ada identiti sendiri, dalam banyak hal kita masih bersalut dengan pakaian musuh. Kita belum melaksanakan sebenamya. Kita baru bercakap, berslogan, berteori dan berangan-angan Kita belum buat apa-apa lagi untuk menegakkan Islam. Memang kita sudah berilmu tapi belum berkorban. Berilmu tapi belum beramal. Berilmu tapi belum berukhwah. Berilmu tetapi belum patuh. Berilmu tapi belum berkhidmat. Kita tahu tapi tidak melaksanakan. Sedangkan Allah sudah berfirman:

Terjemahannya: ” Wahai orang berimun, mengapa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu lakukan. Amat besar kebencian di sisi Allah bawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu lakukan.”(As Saf. 2-3)

Saudara-saudari yang mulia:
Tugas perjuangan ini makin hari makin berat. Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan agen-agen pejuang barat Yahudi dan Nasrani, tapi juga dari kalangan Rafidah dan Mubtadiah (Syiah dan Wahabi). Kesilapan mereka ialah tidak menganut keyakinan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan mereka sedang menyebarkan pegangan mereka itu. Iran sudah jatuh ke tangan Syiah. Arab Saudi sudah lama menganut Wahabi sedangkan pendokong ahli sunnah wal jamaah belum buat apa-apa. Marilah kita bekerja saudara-saudara. Mari kita berjuang. Mari kita berkorban dan mari kita hidupkan kembali bumi Allah dengan syiar Islam yang mumi lagi agung. Sebulan Ramadhan yang lepas, tentulah memberi kekuatan jiwa dan kekuatan fikiran untuk kita mengorak langkah melanjutkan jihad fisabilillah.

Iklan