Beda Antara Orang Mukmin Dan Orang Islam(1)


Bagi sesiapa yang memeluk agama Islam, seseorang itu akan bersyahadah. Maka dengan itu dia dikatakan `masuk Islam`. Mengapa tidak dikatakan `masuk iman”? Dengan syahadah, seseorang itu dianggap muslim. Tidak pula dikatakan dengan syahadah dia menjadi `Mukmin`, sedangkan `Mukmin` yang diterima Tuhan. Islam tidak disebut pun tidak apa kerana secara automatik, Islam ada dalam iman. Tetapi kalau dia tidak Islam bermakna tidak ada iman.lni menunjukkan orang yang `masuk Islam`, belum tentu `masuk iman`. Sebab itu tidak dikatakan seseorang itu `masuk iman`. Sebab itu dikatakan orang Islam bukan orang Mukmin. Seolah-olah Tuhan mempunyai satu taman yang indah dan cantik kemudian ada satu pintu masuk yang besar. `Masuk Islam` itu seperti hanya masuk pintu, masih tidak tahu lagi apa yang ada di dalam taman. Sedangkan dalam taman itu ada bermacam-macam keindahan. Keindahan rasa, keindahan akal, keindahan pandangan dan pendengaran dan lain-lain lagi. Bila `masuk Islam`, keindahan-keindahan itu belum dirasa.

Jika Islam itu diibaratkan seperti taman yang disebutkan, bermakna seseorang itu baru melepasi pintunya. Jika sudah memasuki pintu, sudah berpeluang menjelajah taman dan dapat merasa segala nikmat yang ada dalam taman itu barulah seseorang itu dikira sudah beriman..Bila seseorang itu sudah bebas dalam taman, dapat rasa pelbagai kenikmatan dalam taman itu, barulah dikatakan dia seorang mukmin.

Sebab itu beza antara orang Islam dan orang mukmin terlalu jauh. Cirinya terlalu banyak. Kalau wujud ciri mukmin maka secara automatik. ciri Islam itu wujud. Bagaimanapun kalau ciri Islam wujud pada seseorang, belum tentu ciri mukmin .juga ada. Kerana itu iman perlu dicari. Dengan kata lain, iman itulah taqwa . Kalau begitu, tidak cukup hanya menjadi orang Islam sahaja tetapi mesti menjadi orang mukmin.

Ciri-ciri orang mukmin perlu diketahui supaya dapat diusahakan agar ciri itu menjadi pakaian diri. Untuk menjadi orang Islam mudah. Apabila seseorang itu sudah bersyahadah, dia tidak boleh dikatakan kafir hatta kalau tidak bersembahyang sekalipun. Jadi. di sini dijelaskan tentang ciri-ciri orang mukmin herdasarkan ayat Quran dan sebahagian daripada hadith supaya nanti dapat dilihat apa sebenarnya sifat-sifat orang Mukmin. Kemudian sifat-sifat itu boleh diusahakan agar kita dapat menjadi orang Mukmin.

Ada beberapa ayat dalam Al Quran dan hadith yang menunjukkan ciri-ciri orang mukmin, di antaranya yang bermaksud: “Sesungguhnya (orang Mukmin itu) apabila disebut nama Tuhan, gementar hatinya.”
Hati orang Mukmin akan menggeletar apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan. Itu adalah salah satu sifat orang mukmin. Ayat Tuhan tersebut mempunyai dua maksud iaitu:
1.Ayat Al Quran.
2.Apa yang dapat kita lihat dan dengar.
Contohnya seperti langit, bumi dan taut. Itu adalah tanda kebesaran Tuhan, tanda berkuasanya Tuhan, tanda Tuhan itu mentadbir dan bijaksananya Tuhan.

Bila ayat itu dibaca, didengar, dibincangkan dan dibahaskan, maka bertambah iman. Ertinya iman di atas iman. Rasa takut dengan Tuhan sudah menjadi asas iman.
Bila dibaca ayat-ayat-Nya, dilihat pula kebesaran dan kekuasaan-Nya, akan bertambah lagi iman. “Dengan Tuhan mereka, mereka merendah diri.”
Ayat ini membawa maksud, orang mukmin sangat merendah diri dengan Tuhan mereka, Tidak ada rasa syak wasangka lagi, tidak prejudis dan terbuka hati menyerahkan nasib kepada Tuhan.

Dalam ayat ini terdapat tiga ciri mukmin iaitu:
I. Takla dengan Tuhan.
2. Bila mendengar ayat Tuhan, bertambah rasa takutdan bertambah keimanannya.
3. Menyerah diri secara total pada Tuhannva. “Orang Mukmin itu apabila diajak kepada Allah dan Rasul,sifatnya kami dengar dan kami patuh.”

Apabila mendengar perintah Allah, orang mukmin hanya taat dan patuh tidak ada masalah bagi mereka untuk patuh. Tidak berlaku pada orang Mukmin itu bila datang, perintah dari Tuhan, dia tidak yakin atau mempertikaikannya. Sedikit pun tidak mempersoalkannva. Bukankah mahal sifat orang mukmin itu?

“Diantarasifat orang mukmin, lelaki dan perempuan apabila diperintahkan.sesuatu perkara samada perintah suruh atau larang, tidak ada dolak dalih.”

Ayat ini pula bermaksud, orang mukmin tidak memilih sebaliknya terus melaksanakan perintah. Orang Mukmin itu apabila disuruh sembahyang, dia sembahyang. Disuruh puasa, dia puasa, begitu juga bersedekah dan sebagainya. Ada orang boleh sembahyang dan boleh puasa tetapi apabila disuruh berjuang dan berjihad, banyak alasannya. Terasa susah kerana cabarannya banyak. Ada pula yang bila diperintahkan sembahyang, puasa atau naik haji tidak ditolak tetapi apabila diminta membayar zakat dan sedekah, dia berdolak-dalih. Ertinya bagi golongan ini, ada perintah Tuhan yang diterima dan ada yang tidak boleh diterima. Bagi orang Mukmin, semuanya diterima. Ada juga yang boleh sembahyang dan puasa tetapi apabila disuruh berpoligami, terus menentang sedangkan orang Mukmin itu tidak memilih-milih.

“Orang Mukmin lelaki dan perempuan, satu sama lain sentiasa berjuang menyampaikan risalah Allah, menyeru orang berbuai baik, dan mengajak manusia menjauhi larangan Tuhan.”

Di ayat ini, ada dua sifat orang Mukmin iaitu:
1.Menjadi pendakwah, motivator dan penasihat.
2.Berjuang menegakkan amal maaruf nahi mungkar secara berjemaah dan bekerjasama. Di antara satu sama lain ada ikatan atau jemaah. Tidak boleh berbuat secara bebas atau perseorangan. Ertinya pejuang bebas atau mubaligh bebas tidak ada ikatan iaitu tidak berjemaah. Seseorang mubaligh, motivator atau penasihat mesti terikat dengan jemaah supaya sejauh mana pun dia pergi, ada tempat untuk dirujuk. Tidak boleh menjadi seperti layang-layang putus tali, bebas dan tidak terikat. Itu bukan sifat mukmin.

Apabila orang Mukmin itu sentiasa berdakwah, memberi nasihat, tunjuk ajar, mengajak kepada kebaikan dan menjauhi larangan Berta sentiasa terikat dengan jemaah, ertinya dia ada pemimpin yang mengikatnya. Sebab yang penting pada jemaah itu ialah pemimpinnya. Tidak boleh menjadi pendakwah yang ibarat layang-layang putus tali. Supaya apabila ditanya atau diminta itu dan ini, is akan menjadi mudah. Mereka boleh dibawa untuk merujuk kepada jemaah yang sudah ada tempat, pejabat atau pusatnya. Perkara itu tidak mungkin boleh dilakukan oleh pendakwah bebas. Begitulah cantiknya ajaran Tuhan. Sayangnya ajaran itu kalau tidak difahami. Suruhan supaya orang mukmin itu mesti terikat antara satu sama lain dikuatkan oleh satu ayat yang lain yang bermaksud:
“Orang Mukmin dengan orang Mukmin.itu sentiasa kuat menguatkan antara satu sama lain.”

Hadith juga ada menyebut yang maksudnya “Antara Mukmin dengan mukmin itu ibarat satu bangunan”.

Sebagai contoh, bahan-bahan bangunan itu terikat antara saw sama lain. Kaiaulah takdirnya Kahan-bahan itu botch bercakap, jika jurubina berkata, “Hai bahan-bahan rumah, aku mahu membina rumah dari engkau. Engkau menjadi atap, tiang dan dinding- Bahan-bahan itu menjawab, “Ya, kami sanggup.- Tetapi tingkap berkata, “Saya tidak mahu terikat dengan dinding!” Dinding pula tidak mahu bersandar dengan tiang. Maka akan terbinakah bangunan itu?

Begitulah orang mukmin yang Tuhan ibarat seperti satu bangunan. Semua bahagian . mesti berkait dalam semua perkara. Bukan hanya satu dua perkara saja. Atas sebab inilah jemaah sangat penting dalam Islam. Jemaah itu seolah-olah seperti satu kubu. Bagairnanapun berjuang, mesti ada kubu sebagai tempat berlindung yakni ada jemaah untuk menjadi tempat rujukan terutama apabila ada kesusahan.

Iklan