Berkat Kasih Sayang(2)


…..sambungan

Setelah nenek itu pergi, Mamat pun berkata kepada Samad, Samad, betul kata nenek itu kan. Rupa-rupanya sebab aku tak suka berkasih sayanglah, aku ni selalu dibenci orang. Hidup aku selalu ditimpa masalah. Sekarang aku nak berbaik-baik dengan engkau. Aku nak tengok betul tak nasihat nenek itu tadi.

Samad tercengang-cengang melihat perubahan Mamat. Betul ke Mamat ni nak jadi baik?

Samad seperti tidak percaya. Baguslah tu Mamat. Aku pun minta maaf kepada engkau sebab aku dah campak bag emak engkau ke dalam sungai. Engkau cakaplah pada mak engkau yang itu adalah angkara aku.

Tak, sebenarnya aku yang salah. Perbuatan engkau itu sebenarnya hukuman Tuhan kepada aku. Biarlah aku dimarahi emak aku.

Mamat pun balik ke rumah. Di sepanjang jalan, dia memikir-mikirkan dosa-dosa dan kesalahannya selama ini. Dia berazam untuk tidak mahu bertengkar lagi. Mamat terkejut apabila dia sampai ke rumahnya, emaknya tidak marah-marah kepadanya seperti biasa.

Sebalinya, emaknya cuma tersenyum kepadanya. Syukurlah engkau dah balik. Emak rasa bimbang tadi. Mula-mula emak marah tengok engkau tak ada, tetapi bila emak ke kebun dan ternampak bangkai seekor anjing yang dilanggar kereta, emak terus teringatkan engkau. Emak risau pasal engkau.

Padanlah dia tak marah aku. Betul cakap nenek tadi. Bila aku dah tak mahu bergaduh, cepat sahaja Tuhan bantu.

Mamat, tolong ambil air di sungai tu, jerit Mak Mah dari belakang rumah.

Mamat terus bingkas dan mengambil dua biji balang untuk diisi air. Oleh kerana cuaca agak mendung, Mamat berjalan dengan pantas ke sungai tadi. Dia tidak mahu terperangkap dalam hujan lebat.

Sebaik sahaja Mamat selesai mengisikan air ke dalam balang-balang air tadi, dia ternampak sesuatu yang tersekat di balik sebiji batu besar di tepi sungai. Mamat mendekatinya dan alangkah terperanjat dia! Benda itu ialah beg yang hanyut tadi. Dengan kuasa Tuhan, beg itu tersekat di batu itu.

Mamat menangis terharu. Dia benar-benar merasakan kasih sayang Tuhan kepadanya. Memang benarlah kata-kata nenek itu tadi, Tuhan mengasihi hamba-hambanya yang cuba berkasih sayang dan meninggalkan pergaduhan dan persengketaan.

Iklan