Beza Antara Orang Mukmin Dan Orang Islam(2)


“Orang Mukmin itu sifatnya bersaudara dan berkasih sayang. Orang Mukmin itu sentiasa mendamaikan antara dua orang yang bertentangan.”

Di sini ada dua lagi sifat Mukmin:
1. Berkasih sayang.
2. Berukhwah dan mendamaikan. Orang mukmin sifatnya sentiasa mendamaikan pergaduhan dan menyelesaikan masalah orang lain.

Hadith menyebut lagi tentang sifat orang Mukmin, yang bermaksud:
“Sifat orang Mukmin itu di antara kasih sayangnya dan belas kasihannya di antara satu sama lain ibarat anggota badan. Kalau salah satu anggota sakit, sakitlah seluruh anggota.”

Sifat Mukmin yang dinyatakan di sini ialah:
1. Orang Mukmin merasa susah dengan kesusahan orang.
2.Kalau dengan kesenangan orang, mereka turut terhibur. Walaupun hidup mereka sendiri merempat.

Begitu banyak sifat orang mukmin yang dapat disenaraikan. Jadi, apa yang dapat difahami setelah menghayati ayat-ayat Al Quran dan hadith itu? Kalau tidak ada ciri-ciri itu,ertinya kita hanya Islam. Begitu juga dengan orang yang tidak gementar hatinya dengan Tuhan. Kalau masih memilih-milih perintah Tuhan, itu masih setakat Islam sahaja. Kalau masih belum berkasih sayang, tidak tawakal, penyerahan diri, bekerjasama dan tidak masuk jemaah bererti belum menjadi mukmin. Apabila tidak terasa susah dengan kesusahan orang dan senang dengan kesenangannya maka itu ertinya hanya setakat Islam. Kalau begitu orang Islam tidak boleh diharap. Inilah yang berlaku pada dunia hari ini. Yang ramai adalah orang Islam bukan orang mukmin. Semua itu adalah panduan untuk menjadi orang mukmin.

Itulah sebab-sebabnya untuk menjadi orang Mukmin itu sangat mahal. Oleh kerana mahalnya, mereka dianggap orang Tuhan iaitu orang yang bertaqwa. Apabila sudah menjadi orang Tuhan maka Tuhanlah yang bertanggungjawab ke atas tnereka. Tuhan melindungi dan memberi perhatian kepada mereka. Pendengaran mereka adalah pendengaran Tuhan. Perasan mereka adalah perasaan Tuhan dan begitulah seterusnya.

Kalau membaca lagi ayat Quran, oleh kerana cintanva Tuhan kepada orang Mukmin maka Tuhan menyebut bahawa hanya orang Mukmin sahaja akan diberi kemenangan. kejayaan. rezeki tidak diduga, dilindungi dan dijauhkan dari malapetaka Jaminan itu tidak diberikan kepada orang, Islam.

Contohnya, ayat yang bermaksud: “Bilamana penduduk sebuah kampung atau negeri.atau negara itu beriman dan bertaqwa , kami akan bukakan baroqah langit dan bumi” .
Di situ, disebut `beriman` dan `bertaqwa. tetapi bukan Islam.. Nyatalah bahawa Tuhan memberi jaminan akan membuka barokah langit dan bumi apabila beriman dan bertaqwa kepada-Nya. Apabila Tuhan membuka barokah langit dan bumi maka hidup manusia akan aman, harmoni, bahagia dan rezeki pula melimpah-ruah.
Di dalam ayat tersebut. Tuhan tidak menyebut `Islam` tetapi `taqwa`. Di dalam ayat yang, lain pula. Allah berfirman yang bermaksud: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allahakan dilepaskan dari kesusahan” .

Dalam ayat ini, Tuhan menyebut barangsiapa takut dengan-Nya, Tuhan akan lepaskan dari kesusahan dan diberi rezeki dari sumber tidak diduga.

Ayat seterusnya bermaksud: “Sesungguhnya berhak atas Kami menolong orang Muktnin.”
Ertinya. jaminan kuat bahawa Tuhan yang akan menolong orang-orang Mukmin. Tuhan tidak akan menolong orang Islam melainkan yang Mukmin.

“Sesungguhnya pemimpin kamu itu adalah Allah, Rasul dan orang Mukmin, yang mendirikan sembahyang, yang menunaikan zakat, yang tunduk dan patuh. Itulah dia parti Allah. Ketahuilah, Parti Allah pasti akan menang.”

Ayat itu bermaksud, dalam Islam, pemimpinnya mesti orang Mukmin. Sesiapa yang menjadi pemimpin, mesti daripada orang Mukmin barulah menjadi parti Allah. Apabila seorang yang menjadikan Allah, Rasul dan orang Mukmin sebagai pemimpinnya, itulah dia parti Allah. Nampaknya menjadi orang Mukmin itu begitu penting maka mesti diusahakannya. sebab hanya orang Mukmin yang dijamin kemenangan di dunia dan di akhirat serta dijamin masuk syurga. Orang Islam, di dunia tidak akan menang dan di akhirat akan masuk neraka. Cuma tidak kekal sebab sudah masuk Islam. Begitupun, sekejap di neraka itu pun, beribu tahun lamanya. Api neraka itu satu hari pun tidak larat untuk ditanggung. Jadi perlulah kita menjadi orang Mukmin. Seorang Islam itu tentu masih ada hasad dengki, riak, sombong dan lain-lain sifat mazmumah. Itulah yang menyebabkan huru-hara. Makin ramai yang sembahyang, makin ramai pergi masjid, makin rasa tidak seronok sebab yang mengisi masjid itu hanya orang Islam, bukan orang Mukmin.Mahalnya Mukmin dan pentingnya mukmin ini sebab kerana merekalah akan diberi kemenangan.

Sekian.

Iklan