Cinta Dunia


CINTA DUNIA IBU SEGALA KEJAHATAN

Terima kasih Tuhan kerana Engkau telah memberitahu kami ibu segala kejahatan adalah cintakan dunia. Moga-moga dengan pengetahuan ini kami dijauhkan dari kejahatan dunia.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, kerana kepadanyalah Engkau beritahu ibu segala kejahatan adalah cintakan dunia. Mari kita bersyukur pada Tuhan, karena Tuhan sudah beritahu bahaya ini. Kita perbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW, kerana dialah yang diberitahu hingga kita tahu.

Alhmdulillah, moga-moga kita dapat keredhaan Tuhan, dapat taqwa, dapat ilmu pengetahuan, dapat bersatu padu, berkasih sayang, bekerjasama, ada rasa bekerjasama dan boleh bekerjasama dalam menegakkan kebenaran dari Tuhan dan dapat menegakkan apa yang dijanjikan Rasulullah SAW, Islam akhir zaman akan berdaulat semula kali kedua. Moga-moga kita selamat di dunia dan di Akhirat.

Ibu segala kejahatan adalah cinta dunia.

Apa maksud cinta dunia? Cinta dunia bermaksud dunia sudah jadi kecintaan kita, sudah masuk ke dalam hati,sudah jadi matlamat, hati dah terpaut dengan dunia.Itulah cinta dunia. Cinta dunia banyak aspeknya, macam-macam aspek. Kalau satu aspek pun lekat di hati kita pun sudah bahaya, betapalah kalau banyak aspek.

Antara cinta dunia ialah cinta pangkat, cinta kekayaan, cinta nama, cinta pujian, cinta glamour, cinta sanjungan, cinta banyaknya pengikut, cinta kuasa dan lain-lain lagi. Ini diantara aspek-aspek dunia yang besar-besar. Cinta dunia tu bukan hanya pada harta saja. Ia umum. Orang miskin pun dapat cinta dunia. Cinta pangkat, cinta nama lagi bahaya.

Dari cinta dunia ini, akan melahirkan macam-macam kejahatan yang lain. Sebab itu dikatakan cinta dunia itu ibu segala kejahatan. Akan lahir sombong, hasad dengki, bakhil, tamak, jatuh menjatuhkan, benci membenci dll.

Kalau sudah majoriti manusia begitu, dunia sudah menjadi neraka sebelum neraka. Tak ada kedamaian lagi, tak ada kasih sayang lagi. Akan lahir lagi penyakit lain pula iaitu cintakan diri. Maka ia tak akan fikirkan orang lain. Bahkan ada orang cinta diri sampai tidak pedulikan ibu bapa dan keluarga. Kalau dengan ibu apa, keluarga, anak isteri pun dah tak dipedulikan, dengan orang lain betapa lebih parah lagi.

Malas bekerja juga adalah cinta dunia . Mengapa malas? Kerana nak minta-minta saja. Cinta dunialah itu. Biasanya ia tak fikir mak bapak, anak, isteri tak peduli. Ini cinta dirilah. Hidupnya dengan meminta minta.Terfikirkah oleh kita cinta dunia itu cinta diri? Cinta dunialah itu.

Cinta dunia ibu segala kejahatan, Cinta dunia ini bila dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan, maka berkembang kepada luaran. Padahal asalnya perasaan. Yahudi Nasrani sangat mendorong umat Islam untuk cinta dunia.

Bagaimana bermulanya penyakit cinta dunia ini? Kalau 500 atau 1000 tahun dulu kita tak tahu bagaimana cinta dunia itu? Kita tak nampak, yang kita nampak di zaman kita,sedangkan prosesnya panjang, sudah lama.

Mari kita fikir bagaimana ia terjadi kepada umat Islam. Kita tak perlu fikir bagaimana terjadi kepada orang kafir yang memang cinta dunia. Di zaman Rasulullah SAW tak ada cinta dunia, selepas Rasulullah SAW muncullah sedikit demi sedikit sampailah sekarang ini.Mungkin orang sangka cinta dunia itu berbentuk dunia. Kalau kita cinta duit, cari duit sampai lalai. Ini semua orang perasan.

Orang mulai jatuh cinta dunia yang berbentuk akhirat. Orang awam tak faham, orang tak bertaqwa tak nampak, ia anggap kebaikan, ia anggap sesuatu yang positif. Samada alim atau tak alim, mereka didorong syaitan untuk cinta dunia berbentuk akhirat. Yang punya diri pun tak faham.

Orang cinta dunia bermula dengan gila pada fadhilat.Ia cerita fadhilat saja. Masing-masing banyak ibadah, meriah dengan ibadah. Siapa kata itu cinta dunia? Tapi dalam dia cinta fadhilat itu dia cinta dunia, cinta pengikut, cinta dipuji, disanjung, cinta nama, cinta glamour. Orang nampak yang ini. Sama naik. Kalau ibadah macam ini, tak ada nilai di sisi Tuhan. Ibadah sama meriah dengan cinta dunia. Waktu dia banyak ibadah itu dia banyak simpan duit, dah jadi tamak. Ini peringkat awal.

Waktu orang dah mulai rebut dunia, sedang dunia terbatas,maka gelanggang untuk dunia tu dah sempit. Nak rebut pangkat, rebut nama, terbatas. Akhirnya datang penyakit lain yaitu hasad dengki, jatuh menjatuhkan. Betul kata Tuhan, cinta dunia ibu segala kejahatan. Ia melarat larat. Awalnya berbentuk agama, berbentuk akhirat. Ilmu tak banyak, tinggal pada ulama lagi. Awalnya ulama tak banyak, ilmu tak banyak. Tapi kemudian orang yang berilmu semakin banyak. Maka orang kejar dunia boleh berlindung di sebalik ilmu. Orang tak anggap kejar dunia. Orang tak perasan, berebut-rebut untuk makan gaji atas nama Islam. Jadi mufti, jadi kadi dan lain-lain.

Waktu tu siapa jadi kadi, jadi mufti, orang kata ia orang kuat Islam, orang yang perjuangkan Islam. Padahal ia kerja itu untuk cari makan, untuk cari nama dekat raja. Siapa kata itu cinta dunia? Di bidang ilmu dulu, orang berlindung di balik ilmu, untuk cari dunia, cari jawatan. Sementara jawatan tak banyak. Maka timbullah hasad dengki dan jatuh menjatuhkan.

Kemudian kalau dari jawatan tu wang tak banyak, maka buka sekolah, di situ ada duit, glamour, nama. Orang bagi macam-macam, bahkan ada yang bagi anak gadis. Inilah orang agama, padahal mereka harimau, buaya, tapi orang ramai tak perasan. Orang angap dia wali sedangkan dia dalam cinta dunia. Selepas itu lahir pula penyakit lain, antara pondok pesantren dengan pondok pesantren, berebut murid, nak jaga pengaruh. Terjadi kata mengata, pondok ini tauhid dia tak kuat. Yang lain kata, pondok itu bagus tapi tak ada tasawuf atau syariatnya lemah.

Kalau ada murid berpindah dari satu pondok ke pondok lain, guru tak aku dia murid. Kan ini cinta dunia? Bahkan murid yang pindah tu jadi musuh murid-murid yang masih di pondok.

Kerana gelanggang ini juga terbatas, maka lahirlah pendakwah bebas. Orang kata pendakwah ulung. Padahal tidak, sebab nak buka pondok sudah tak boleh sebab ada ulama yang top-top. Jadi dia buka gelanggang bebas, tak ada jemaah. Kalau buat beramai-ramai kena bagi-bagi duit, tapi kalau seorang tak payah bagi duit pada orang lain.Mula-mula tak nampak komersial, tak minta duit, tapi dah maklum. Orang berdakwah dapat duit.

Akhirnya orang jemu nak bagi duit, orang kurang bagi duit, bahkan ada yang tak bagi duit. Supaya duit tetap dapat, maka buat perjanjian, baru terbuka tembelang. Nakkan saya kena bayar, bayarkan hotel. Kemudian timbul penyakit lain. Bila pendakwah sudah banyak, datang senget-senget hati. Ini tempat aku berdakwah mengapa tak panggil aku lagi panggil dia. Timbul penyakit-penyakit lain : hasad dengki satu sama lain. Gelanggang dah sempit untuk cari makan. Buka pondok tak boleh, ceramah dah sempit, maka buka gelanggang nasyid, jual suara. Ini bukan kerja orang awam, ini kerja ulama juga.

Akhirnya umat Islam berjuang, ulama berjuang sama taraf dengan orang yang cinta dunia. Gaji minta taraf yang sama. Dulu tak. Dulu guru agama gajinya tak sama dengan guru biasa. Guru agama 80 RM guru biasa 200 RM.Sekarang skimnya sama. Lagilah dunia jadi rebutan. Itulah yang melahirkan pejabat agama, ustaz-ustaz jabatan agama, guru-guru agama atas nama kerajaan. Dulu pakai serban paling tidak songkok. Bila skim sudah sama, songkok dah tak pakai, Ustaz, Kadi, DO identiti sama.

SEKIAN

Iklan