Dasar Pelajaran Dan Pendidikan


Dalam kehidupan manusia pelajaran dan pendidikan adalah nyawa. Yang lain rangka, masyarakat rangka, ekonomi rangka, pembahagian, pentadbiran dan kebudayaan semuanya rangka. Nyawanya ialah pelajaran dan pendidikan. Kalau begitu, masyarakat itu baik atau buruk, ekonomi baik atau buruk, kebudayaan baik atau buruk dan lain-lain ditentukan oleh pelajaran dan pendidikan. Pelajaran dan pendidikan adalah nyawa segala aktiviti. Kalau tersilap pelajaran dan pendidikan sekalipun pelajaran agama mengikut Al Quran dan Hadis musnah di semua aspek yang telah dibina beratus tahun.

Padahal hari ini pelajaran dan pendidikan sangat rosak, bukan sahaja pelajaran dan pendidikan bersifat sekular sahaja bahkan pelajaran dan pendidikan berdasarkan Al Quran dan Hadis juga telah rosak. Bukan disudut ilmunya tetapi sistem, konsep, dasar foundation dan matlamat pendidikannya sudah rosak.

Dasar pelajaran dan pendidikan menurut Tuhan simple sahaja tetapi kalau Tuhan tidak pimpin, tidak faham, tidak sampai matlamat. Bila Tuhan sudah marah pelajaran dan pendidikan itu Tuhan tidak beri hidayah dan taufiq lagi. Iaitu pada surah pertama diturunkan oleh Tuhan, padahal Al Quran , 30 juz ,114 surah, 6666 ayat ,didahulukan dengan dasar pelajaran dan pendidikan. Simple sahaja tetapi mempunyai erti yang sangat besar dan agung, iaitu anak kunci dunia samada menjadi ke syurga atau ke neraka.

Terjemahannya:
“Hendaklah kamu membaca dengan nama Tuhanmu.” (Iqra`:1)

Ini asas, dasar simple tetapi ini besar, anak kunci menentukan Syurga atau Neraka kalau membaca mesti atas nama Tuhan. Kenapa Tuhan tidak kata belajar atas nama Tuhan ? Di situ ada unsur berfikir. Kalau dikatakan dapat ilmu dan pendidikan hasil membaca sepatutnya terus dikatakan; hendaklah kamu belajar atas nama aku. Satu lafaz asas, ada unsur otak disuruh berfikir. Tetapi tidak berlaku. Hari ini umat Islam belajar agama beku tidak pandai berfikir.

Di sini secara umum orang dapat pelajaran dan pendidikan hasil membaca. Membaca ada 2 bahagian:
1. secara rasmi dipimpin oleh guru di sekolah rasmi samada kerajaan atau swasta. Kalau begitu mesti ada sekolah rasmi yang dipimpin oleh guru samada sekular atau diniah. Mesti ada pusat pendidikan yang dipandu oleh guru dan mesti melalui membaca.
2. mesti membaca dahulu disamping belajar di luar sekolah untuk menambah pengetahuan. Dilakukan atas inisiatif sendiri

Pendidikan dan hala tuju pendidikan dapat dilihat bahawa pendidikan mesti atas dasar taqwa, nak besarkan Tuhan, takut dengan Tuhan dan cinta Tuhan, supaya terasa segala-galanya yang dapat dilihat atau tidak adalah nikmat dari Tuhan.

Belajar secara tidak rasmi apa yang dilihat, didengar, macam kita lihat dan dengar setiap hari lihat gunung, laut, hutan, padang pasir, pekan dan bandar, nelayan, petani, orang yang berternak di padang pasir macam yang kita tengok. Di sini kita kandas tidak dapat ilmu. Apa yang kita lihat dan dengar kena baca (pertama) dengan otak, nampak, fikir. Lihat, dengar fikir, lihat, dengar fikir kita dapat ilmu lebih banyak dari baca sendiri. Kita akan memiliki ilmu masyarakat, ilmu manusia, bangsa, etnik, faham watak ikan, laut, sungai, padang pasir, watak petani, penternak, orang makan gaji dan berniaga macam mana? Kalau kita dengar dan lihat itu sebenarnya lebih banyak dari hasil kita belajar di sekolah samada orang Islam mahupun orang bukan Islam.

Untuk orang Islam ada satu lagi, ini orang kafir tak dapat. Yang diperolehi oleh umat Islam dahulu, tetapi di akhir-akhir ini tidak dapat. Sepatutnya orang Islam lebih pandai dari orang kafir.

Dalam satu ayat lain Allah berfirman (terjemahannya):
“Mereka yang hatinya ingat T waktu duduk dan berdiri kemudian dia berzikir”

Bukan zikir itu subhanallah atau alhamdulilah. Itu lafaz, sekadar dapat pahala. Itu bukan besar tetapi perasaan, roh atau hati kita hidup sentiasa, pergi ke mana sahaja membawa hati yang membesarkan Tuhan, takut dan cinta Tuhan, terasa nikmat Tuhan. Waktu duduk dan baring. Kalau begitu, jika orang kafir mengambil masa 10 tahun, orang Islam hanya 1 tahun sahaja. Sebab itu Rasulullah SAW hanya 23 tahun sudah jadi empayar bermula dari kosong ilmu, tidak tahu menulis dan membaca. Di dalam qabilah Saiyidina Umar, hanya Saiyidina Umar seorang sahaja yang tahu membaca dan menulis. Manusia yang sebodoh-bodohnya 23 tahun menjadi empayar mengalahkan Rom dan Farsi. Padahal Rom dan Farsi sudah bertamadun. Bangsa Arab menjadi kuasa baru mencabar dua empayar yang sudah dibangunkan beratus tahun.

Patut umat Islam struggle nak dapat ini. Hati yang hidup bergabung dengan akal yang tajam maka lahir manusia yang luarbiasa. Kahwinkan akal dengan roh akan melahirkan ilmu luarbiasa, samada ilmu dunia atau akhirat. Ilmu ini sudah mati dan terkubur, kerana kita hanya guna akal semata, terpengaruh dengan barat, tidak boleh mencabar dan mengatasi barat. Ini yang jadi masalah. Padahal jelas ayat tadi menyifatkan orang-orang yang mereka itu terkenang Allah di waktu duduk dan baring dan mereka berfikir.

Al Quran sumber segala ilmu, kalau tidak dicantumkan tidak boleh jadi ilmu. Dalam Al Quran ada ilmu politik, masyarakat, pendidikan, ekonomi, perhubungan dan kebudayaan. Begitu juga ia tidak mempunyai bab-bab. Inilah bentuk ilmu yang akan jadi satu, mengajak umat Islam berfikir, ambil sana-sini digabungkan jadi satu ilmu. Ada tidak di dalam Al Quran babul wudhuk ?

Tidak ada. Ia bersepah-sepah. Tentang manusia, tentang Tuhan pun tidak seketul dan bersepah di sana-sini. Jadi memerlukan kepakaran hendak cantum satu ayat dengan yang lain sehingga dapat ilmu masyarakat, ekonomi dan lain-lain. Hanya manusia yang Tuhan beri pimpinan sahaja dapat membuatnya, kalau atas dasar ulama sahaja tanpa pimpinan Tuhan nescaya tidak mampu. Al Quran bukan macam karangan manusia, kalau manusia buat karangan ada bah-babnya. Ini bab masyarakat sahaja, ini ekonomi kapitalis dan lain-laun. Tuhan tidak di satu tempat, dalam ayat ini ada sikit, ayat lain ada sikit. Oleh sebab itu tidak ada kepakaran mencantumkan ilmu menyebabkan umat Islam akan jadi pasif

Oleh yang demikian, untuk menghurai tafsiran ini kita diperintahkan mencari pemimpin yang ditunjuk Tuhan. Ulama lain tak boleh buat, dia mendapat ilmu itu dan ini, tetapi sudah dilupakan, hafal Quran tetapi tidak ada ilmu. Nak gabung Al Quran dan nak jadi ilmu bukan mudah. Kalau nak mengaji wudhuk dari Al Quran sampai sekarang pun tidak pandai ambil wudhuk.

Ada ulama gabungkan daripada ulama-ulama besar seperti Imam Shafie, Imam Ghazali dan Imam Malik. Bagi saya kitab feqah yang besar itulah tafsir Al Quran. Kalau tidak diasingkan oleh ulama besar itu kita tidak akan faham nak ambil wudhuk, sembahyang, haji, yang mengajar tidak pandai yang belajar pun tidak pandai. Ulama feqah menulis mengenai babul hajj, kalau kita buka Quran semata-mata tidak dapat. Di sini nampak hebatnya Tuhan di dalam Al Quran dicaing-caing ilmu itu, orang kena berfikir. Sebaliknya kalau tidak faham apa yang dituliskan di dalam Al Quran, nanti dikata tak standard, rosak aqidah. Atau nanti dikata kitab Imam Shafie lebih standard. Jadi Al Quran mencabar akal, akal bila terkejut akan jadi bijak .

Nak dapat ilmu di luar kelas lebih banyak.
Sirul fil ardh

“Hendaklah kamu mengembara di atas bumi T. Kamu lihat apa sudahnya orang yang menderhakai T”

Dalam kehidupan kita bilamana pergi musafir dapat lihat orang yang derhaka dengan Tuhan. Langit dan bumi milik Tuhan , setelah bawa hati kepada Tuhan fikirkan tentang langit dan bumi nescaya akan diberi ilmu tentang langit dan bumi setidak-tidaknya yang lahir. Inilah pendidikan yang ulama pun sudah tidak nampak. Kalau hendak membangunkan jiwa kalau tidak berjalan tidak nampak.

Di Malaysia mana ada unta, apa kata Tuhan:
MaksudNya ;
“Tentang unta mengapa kamu tidak lihat bagaimana dia dijadikan.”

Di Malaysia tidak ada unta, ertinya Tuhan suruh ke negara Arab. Unta kalah kita disegi sabarnya. Itu yang lahir. Bila tengok unta pengajarannya ia lebih sabar dari manusia. Dia malu depan orang hendak bergaul dengan isteri. Setidak-tidaknya yang lahir kita nampak.

Bawa berjalan gunakan akal, akal dan roh apabila bertemu macam-macam dapat. Itu biasa, kalau buat kajian, kalau tidak pakar tidak apa setidak-tidaknya asas ilmu kita dapat sudah cukup. Jangan setelah 30 tahun berdakwah hanya dapat 6 prinsip. Isteri marah pergi musafir dapat marah dan letih. Kalau nak lebih dari orang kafir kena asah akal, bersihkan roh nescaya akan banyak ilmu kita perolehi.

Ilmu dari hasil membaca secara formal dan tak rofmal, belajar di luar sekolah kita buat. Gunakan akal lebih banyak dapat ilmu, lebih mencabar orang barat, sebab itu bukan senang nak membangun. Agak-agak nas apa nak pakai waktu ini bila bercakap tentang pendidikan. Nampak indah dan cantik cepat mencabar barat.

Dalil Ayat ;
Maksudnya:
“Allah mengangkat orang-orang yang beriman daripada kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat”

Allah akan mengangkat orang beriman dengan beberapa darjat. Bila dikatakan berkat, rahmat tentu dunia dulu. Darjat itu kuasa, pangkat dan kebesaran. Dunai ini Tuhan punya. Duit bukan darjat, kalau itu kecil sangat. Darjat itu menjadi tuan mengusai dunia orang kafir .

Orang Islam yang benar-benar beriman dan diberi ilmu akan menjadi empayar dunia. Kalau ilmu sahaja macam orang barat Tuhan tak masuk campur. Bagi mereka, cinta Tuhan tak masuk dalam iqra` dan tak ada kena mengena dengan pendidikan mereka orang-orang kafir, sebab itu tidak heran dunia ini diserahkan pada orang kafir yang ada ilmu untuk tegakkan tamadun dunia.

Orang Islam mesti ada iman dan ilmu. Bagi yang bukan Islam mereka kuasai ilmu untuk dapat darjat. Kita tak ada iman tak dapat cabar barat dan Amerika. Ilmu bersepah nak cantumkan susah, bila cantum baru nampak ilmu pendidikan, ilmu pentadbiran Tuhan macam mana? Babul ilmu wattarbiah. Kalau tulis ilmu feqah sebenarnya daripada Quran itulah walaupun tak tengok Quran. Ini tak, mari belajar tafsir, bila buka babul ilmu watarbiah. Bila kia tulis begitu, itu tafsir. Sedangkan ambilannya daripada sari Quran juga, hasil mencantukan ayat-ayat disegi ilmu pendidikan. Maha Besar Tuhan dan Agungnya Quran kalau pandai cantumkan hingga dapat berbagai ilmu. Maha Agung Quran tetapi kita tak terasa sebab jiwa dah rosak, sebab itu kita tak boleh cabar barat.

Orang beriman dan berilmu ada darjat, kalau nak jadi tuan di dunia kena cantumkan iman dan ilmu serta takut dan cinta Tuhan dengan ilmu sebelum dapat darjat di akhirat iaitu dapat darjat di dunia dahulu.

Ini dah dibuktikan oleh Rasulullah, sahabat, tabiin dan tabiuttabiin. Kita belum dapat kerana jiwa dah rosak walaupun otak geliga, baik tetapi tidak dapat beri kekuatan pada umat Islam.

Sekian.

Iklan