Falsafah Dan Hikmah Sejarah(2)


Masuk sungai biasanya matilah. Kalau selamat sampai ke laut biasanya mati juga. Kalau tersangkut di tali, tenggelam, mati juga. Tapi Tuhan takdirkan tersangkut di istana Fir`aun. Waktu tu orang Fir`aun ambil.Fir`aun bila tengok saja, dia nak bunuh sebab dia teringat kata-kata ahli nujum dia. Walau Nabi Musa kecil lagi, Fir`aun kenal ini Bani Israel. Ini bukan Qibti. Jadi dia nak bunuh, bahaya lagi. Tapi kuasa Tuhan. Dipujuk isteri dia, tak apa. Kita kan tak ada anak, mari kita jadikan anak kita. Sejuk hati Fir`aun. Kalau tidak, sudah nak cekik lah.

Satu masa Nabi Musa masih kecil. Dipangku-pangku Fir`aun, Nabi Musa tarik janggut Fir`aun, Fir`aun terkejut, sebab sakit, yang tarik janggut bakal Rasul. Masa tu nak bunuh tapi isteri kata jangan.Pada waktu 18 tahun, satu hari di pasar orang Qibti berkelahi dengan Bani Israel. Nabi Musa leraikan sebab Bani Israel minta tolong. Dia leraikan tolak sikit, mati Qibti itu. Orang Qibti cari dia. Dari cerita ini berapa bahaya berhadapan dengan mati. Ikut logik mati, tapi tak mati. Apa pengajarannya?

Tuhan nak matikan tak matikan seseorang, tak ikut hukum logik. Ikut logik mati dah. Yang ke-2 faktor janji. Walaupun tak logik sangat,hidup dengan kuasa Tuhan, Tuhan hidupkan.

Yang ke-3 ini menunjukkan supaya manusia terasa kuasa Tuhan itu mutlak. Jadi faktor janji itu mahal sekali. Kalau bukan faktor janji,dia dah mati dibunuh waktu bayi. Kalau tak mati waktu bayi, dia mati di pembakaran roti, kalau tak dia mati di sungai, atau mati ketika dicari-cari orang Qibti.

Ringkasnya akhirnya Nabi Musa mendapat wahyu dan dia menjadi Rasul.Dulu Rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad SAW, dia rasul untuk satu bangsa saja. Rasulullah SAW saja diutus untuk semua bangsa. Nabi Musa untuk Bani Israel saja bukan untuk Qibti atau Arab tapi tak salah kalau mereka nak ikut. Tapi Nabi Musa tak berdakwah dan berjuang untuk Arab dan Qibti. Jadi Nabi Musa pimpin Bani Israel yang cerdik tapi jahat sangat.

Nabi Musa terancam dari 2 aspek, dari Fir`aun dan pengikutnya Bani Israel. Pengikut dia ini hari ini Islam esok kafir. Hari ini Islam,esok kafir. Ini terjadi 40 tahun, bukan setakat jahat saja.

Nabi Musa memimpin Bani Israel berhadapan dengan 2 risiko iaitu Fir`aun dan orang-orangnya dan keduanya orang-orang dia hingga Tuhan sesatkan di padang teh selama 40 tahun. Apa hikmahnya? Kalau mereka tak tersesat banyak yang lari. Kerana sama-sama tersesat terpaksa ikut juga. Dalam sesat-sesat itulah didik, didik, didik. Kalau tidak, sudah lari. Dalam positif ada negatif. Negatifnya jahat, positifnya boleh didik.

Waktu dia pimpin Bani Israel 40 tahun, bukan sedikit bilangannya tapi ramai, kalau nak lawan Fir`aun boleh, senjata dulu bukan macam sekarang, sama saja, sama-sama pedang, tak ada beza. Tapi Tuhan tak benarkan Nabi Musa dan pengikutnya bunuh orang-orang Fir`aun

Iklan