Falsafah Dan Hikmah Sejarah(3)


Di sini baru kita faham bunuh orang tu bukan utama, sebab tu Rasulullah SAW sendiri banyak kali berperang, setengah masa ada peluang untuk bunuh tapi tak bunuh, menunjukkan Rasulullah SAW ni, hal yang menyalahi utamapun dia tak buat. Bukan yang makruh, yang haram lagilah dia tak buat. Sebab dia fikir kalau orang ini tak aku bunuh keturunannya boleh masuk Islam. Kalau dia kubunuh, tak ada keturunannya masuk Islam. Ikhlasnya Rasulullah SAW berjuang. Dalam Islam ini yang utama kita kena bunuh bukan kita bunuh orang sebab bila kita kena bunuh, kita dapat syahid. Kalau bunuh orang, orang itu dapat sakit. Tapi di Indonesia kerjanya nak bunuh orang. Kalaulah bunuh orang kafir itu utama, tentu Rasulullah SAW paling banyak.

Dalam perjuangannya Nabi Musa tak perang dengan Fir`aun, lari-lari.Bukan takut, tapi nak elak perang. Dah kemuncak perjuangan melawan Fir`aun, dah masanya Tuhan musnahkan Fir`aun, terjadilah peristiwa yang Fir`aun sepatutnya menang tak menang. Nabi Musa yang sepatutnya kalah tak kalah. Hikmahnya, pejuang-pejuang kebenaran ketika logiknya kalah, dia tak kalah, dia menang. Ketika logiknya menang, dia tak menang, dia kalah. Ini kena faham.

Nabi Musa menghadapi 2 ancaman, dari pengikutnya dan dari Fir`aun.Tersesat di padang teh 40 tahun, kalau kita dah lari dah. Menunjukkan betapa ikhlasnya Rasul-rasul berjuang. Kita tidak, sebut kerana Tuhan,bila susah sikit, lari. Rasul-rasul kerana Tuhan, walaupun susah terpaksa sesat 40 tahun, tak lari, kerana begitu mendalamnya cinta dengan Tuhan. Jadi kita kena belajar dari sejarah ini. Kalau betul kita cinta Tuhan, duit kecil, masa kecil, fizikal kecil, nyawa kecil.Kalau kita masih berkira masa, duit, kita bukan orangnya.

Waktu Fir`aun dah habis, tenteranya dah punah. Nabi Musa dan pengikutnya menang. Tuhan tak bagi kuasa memerintah pada Nabi Musa.Yang naik memerintah Mesir waktu tu orang Qibti yang lain. Sedangkan Nabi Musa dan orang-orangnya boleh ambil alih. Mengapa Tuhan bagi begitu? Supaya jadi pengajaran bagi orang kemudian supaya janganlah memperjuangkan Islam, memperjuangkan kebenaran ini dengan tujuan memerintah, kecuali janji Tuhan, itu lain. Contoh Nabi Musa, dah menang, dah boleh berkuasa, Tuhan tak izinkan.

Ini menunjukkan kuasa memerintah di dunia bukan sesuatu yang besar,yang besar adalah Syurga. Kalaulah Allah nilai besar kuasa memerintah,tentu Allah akan bagi pada Rasul-rasulnya, sedangkan 3 Rasul saja yang diberi kuasa memerintah : Nabi Muhammad, Nabi Daud, Nabi Sulaiman.Seolah Tuhan kata, kalau kamu diberi kuasa nak memerintah, ikut cara 3 orang itu. Kalau tidak, jangan memerintah, cukuplah berjuang sampai orang cinta Tuhan.

Falsafah dan hikmah sejarah jarang orang kata, sebab itu membaca sejarah tak mendidik jiwa. Kerana tu dalam Quran diselitkan sejarah, ada maksud, iaitu untuk mendidik dan memberi pengajaran.

Sekian

Iklan