Manusia Dan Perikemanusiaan


Ilmu adalah penting, dia penyuluh hidup kita, panduan untuk hidup kita di dunia ini dan ilmu dapat memberi tahu pada kita mana yang haq dan mana yang batil supaya kita dapat berjalan lurus dan tak kesasar ke kanan atau ke kiri.

Ilmu orang Islam bersumberkan Quran dan bersumberkan sunnah Rasul SAW. Ditambah lagi ilmu-ilmu lain untuk mencantikkan lagi ilmu Quran dan sunnah. Tapi malangnya ilmu yang penting itu, umat Islam hari ini tidak mempelajarinya sungguh-sungguh, hingga hanya mempelajarinya bermusim-bermusim, mungkin 1 bulan sekali, 3 bulan sekali atau 1 tahun sekali. Walaupun ada pengajian di masjid-masjid tapi hanya menuntut fardhu ain dengan stail yang sama sahaja, dengan cara yang sama sahaja. Orang jadi jemu. Lebih-lebih lagi di kurun ini kita berhadapan dengan orang-orang akal, para cerdik pandai yang ilmunya sudah berkembang. Kalaulah cara pengajian orang Islam hanya satu stail dari dulu sampai sekarang, orang jadi jemu. Sebab itu bila isytihar sahaja ada pengajian Islam, orang tak minat. Sebahagiannya ada yang mencemik, merungut: Ngaji apa? Tak dapat apa-apa pun! Padahal Quran, setiap ayatnya mengandungi ilmu. Begitu juga dengan Hadis, hadis sahih sahaja ada 7000 lebih dan setiap hadis mengandungi ilmu. Kalau kita kaji setiap hari pun, dengan orang yang pakar Quran dan Hadis yang boleh hurai hingga lahir ilmu, rasanya tiap-tiap hari kita dapat ilmu dan kita rasa senang untuk dapat ilmu.

Tapi malangnya Quran dibaca, Hadis dibaca, diterjemahkan tapi tak lahir ilmu. Termasuk para ulama. Para Ulama hanya faham tentang hukum-hakam sahaja. Apapun yang disebut ulama hanya tentang hukum-hakam, berkait dengan hukum-hakam: halal, makruh, sunnat, munafik, zalim, kafir, sesat. Itu sahaja, seolah-olah ilmu Tuhan hanya sekitar itu. Ilmu yang diberikan Tuhan hanya itu dan tak lebih dari itu. Padahal ilmu Quran dan Hadis ada berbagai ilmu: ilmu dunia ada, ilmu akhirat ada. Sebab itu siapa yang faham Quran dan Hadis orang itu telah menguasai ilmu dunia dan ilmu akhirat. Lebih daripada ilmu yang dimiliki orang Barat. Bahkan sebagian ilmu orang Barat mengambil dari Islam, dari Quran dan Hadis yang diluaskan, dikaji lagi, dan pencapaiannya lebih dari apa yang Umat Islam dapat sekarang, sekalipun ulama. Akhirnya di akhir zaman ini orang berkiblat pada Barat sebab menganggap ilmu itu mesti dari Barat bukan dari Umat Islam.

Kali ini kita akan bahas tentang Manusia dan kemanusiaan.

Islam agama Fitrah

Tentang manusia, semua orang tahu iaitu diri kitalah. Manusia itu banyak bangsanya. Salah satunya bangsa Melayu. Yang penting akan diceritakan pagi ini adalah kemanusiaan.

Perkataan kemanusiaan, sudah selalu diambil dan disebut tapi kita agaknya tak faham apa itu erti kemanusiaan. Selalu orang sebut Tak ada perikemanusiaan., Berperikemanusiaan lah sedikit. Kalau kita tak cakap perikemanusiaan, orang lain cakap. Tapi tahukah kita apa itu perikemanusiaan. Ini penting kita tahu.

Manusia seperti kita ini ada perikemanusiaannya. Itulah yang dikatakan fitrah. Manusia ada perikemanusian itulah fitrah semula jadinya. Bila dikatakan fitrah semula jadi, saya teringatkan satu ayat Quran yang berbunyi :

Al Islamu diinnul fitrah. Ertinya: Islam itu agama fitrah . Dengan kata-kata yang lain, Islam itu agama kemanusiaan.

Apa itu perikemanusiaan, apa itu fitrah atau apa yang dimaksudkan Tuhan berkata Islam itu agama fitrah?

Maksud ayat tadi adalah: perikemanusiaan itu atau fitrah itu adalah asas bagi agama. Ia tak lengkap (sebagai agama) tapi dia jadi asas. Bila didatangkan wahyu, didatangkan iman, didatangkan perkara-perkara ghaib, dimana semua itu sebagai tunjangnya barulah lengkap agama itu. Tapi fitrah atau kemanusiaan itu benih agama. Bila datang agama maka manusia mudah faham, bila datang wahyu manusia akan mudah faham, bila datang Quran dan hadis, mudah faham. Bila datang berita ghaib dari Tuhan, mudah faham. Jadi fitrah itu asasnya.

Apa itu fitrah?

Apa itu fitrah semula jadi/kemanusiaan atau dengan kata lain apa watak manusia semula jadi itu, apa itu instinct? Instinct, fitrah semula jadi atau perasaan perikemanusiaan itu Tuhan sudah bekalkan dari lahir lagi. Cuma waktu bayi dia belum berkembang lagi, bila dewasa baru dia matang. Itulah yang dikatakan asas bagi agama. Datang wahyu, datang Quran, datang Hadis, datang berita-berita ghaib dari Quran memperlengkapkan agama. Benih untuk faham sudah ada. Kalau tak ada fitrah ini, manusia tak mampu untuk faham perkara-perkara tersebut. Kalau kita hendak bahaskan tentang fitrah dan kemanusiaan itu sangat luas, kita akan ambil yang penting-penting sahaja.

Fitrah itu Tuhan bekalkan pada manusia, Tuhan bekalkan unsur negatif dan positif. Semua manusia sama. Kehendak dan yang tak kehendak bagi manusia sama. Yang dihendak dan yang tak dihendak sama. Yang disukai dan tak disukai sama. Yang menghiburkan dan yang tak menghiburkan sama, yang menyenangkan dan yang tak menyenangkan sama. Itulah yang dimaksudkan dengan fitrah.

Manusia boleh belajar dari Fitrah

Kalaulah fitrah manusia ini, atau perikemanusiaannya, perasaan semula jadinya tidak digugat, karena dia berada didalam lingkungan masyarakat yang baik, atau environment yang baik, tak datang atau tak digugat oleh perkara jahat dari luar kerana masyarakat baik dan dikekalkan perikemanusiaan atau fitrahnya maka itupun sudah boleh mencetuskan hidup aman damai, bahagia, harmoni. Cuma di akhirat tak selamat lagi kecuali di zaman tak ada Rasul, dia selamat. Tuhan akan kecualikan dia dari azab. Tapi bila agama sudah sampai tapi seseorang hanya menggunakan fitrah, tak gunakan agama maka dia tak selamat di akhirat, hanya selamat di dunia sahaja.

Kalau manusia itu dapat dunia, dapat suatu yang menyenangkan maka dia akan gembira. Kalau dapat susah, dapat bala, miskin, ada tak orang gembira? tak ada, semua susah hati. Itulah yang dimaksud fitrah, kemanusiaan. Sebenarnya manusia ini, yang dia rasa, orang lain juga rasa. Yang kita tak suka orang lainpun tak suka. Kalaulah manusia ini belajar dengan dirinya, dengan fitrahnya kemudian diamalkan, itupun sudah cukup untuk selamat di dunia.

Tapi hari ini bukan sahaja agama musnah, perikemanusiaan pun sudah punah, rasa agama sudah punah ranah. Kita tak katakan orang selain Islam. Orang Islam pun perikemanusi-aannya sudah musnah, seperti orang Arab, Turki, Melayu, Indonesia, Thailand, dll. Kalau perikemanusiaan sudah musnah agama lagi punah.

Saya huraikan lagi tentang perikemanusiaan. Kalau kita disusahkan orang, kita tak suka. Kitapun tahu bahwa kalau orang lain disusahkan, dia tak suka juga. Kalau kita boleh belajar disini, Kita tak suka disusahkan orang, dan orang tak suka disusahkan kita., kalau dikekalkan perkara ini, orang itu akan tinggi perikemanusiaannya. Hatinya akan berkata: Aku tak mau susahkan orang sebab apa yang aku rasa, dia juga rasa. Orang seperti itu tinggi perikemanusiaannya.

Kalau orang hasad dengki dengan kita, kita susah dibuatmya. Begitulah kita dapat ilmu. Begitulah orang lain kalau kita tak suka didengki orang, kitapun tak mahu dengki dengan orang. Itu perikemanusiaan. Itu orang yang fitrahnya masih bersih. Kalau dapat ilmu, dapat kekayaan, terhibur. Disini manusia dapat belajar lagi bahwa: kalau begitu orang lain pun dapat ilmu, dapat kekayaan tentu terhibur. Apa salahnya kalau dikongsikan kegembiraan itu.

Tapi realitinya tidak begitu. Apa yang berlaku sekarang kalau orang hasad dengki, kita tak suka tapi kita suka hasad dengki pada orang. Itu tanda fitrah sudah rosak. Kita dapat ilmu, dapat kaya, dapat pangkat, suka. Tapi kalau orang lain dapat, kita hasad dengki, susah hati. Ertinya prikemanusiaan sudah musnah sedangkan perikemanusiaan itu asas agama. Jika faham yang ini kita akan faham contoh-contoh yang lain.
Kemudian, kalau fitrah ini dapat dikekalkan, kalau environment itu baik atau pengaruh jahat daripada luar tak ada, dia dapat kekalkan perikemanusiaan, perasaan fitrah kekal maka masyarakat itu akan hidup aman damai, harmoni dan berkasih sayang.

Sebagai contoh, kalau orang yang duduk di hulu-hulu kampung, di gunung-gunung, yang pengaruh luar kurang masuk, orang itu lebih baik fitrahnya, perikemanusiaannya daripada orang bandar. Sebab itu orang-orang yang duduk di gunung atau hutan kalau kita hendak jadi tetamu, mereka senang. Mereka tak prejudis sebab tak ada hasad dengki, tak ada prasangka, sekalipun orang yang dia tak kenal. Tapi kalau di bandar, kalau kita tak kenal tak boleh jadi tetamu. Hendak bertamu sahaja sudah perjudis. Jangan-jangan penyangak. Nampak bezanya penduduk di gunung dan di bandar.

Orang-orang gunung seperti itu kerana tak pernah tengok penyangak, tak ada dalam masyarakatnya pencuri, perompak, jadi tak prejudis. Orang bandar kerana sudah selalu nampak perompak, pencuri, dll, jadi bila ada yang hendak tumpang tidur di rumah, keluar bermacam-macam dalih. Akhirnya tidur di surau, di mesjid. Tok siak pula sangka-sangka. Itulah realitinya.

Jadi orang yang tinggi perikemanusiaannya ini duduk di hulu-hulu yang tak ada pengaruh luar. Hatinya lurus, cuma mereka itu tak maju, tak membina tamadun, tak dapat maklumat.

Fitrah mesti ditunjang oleh Iman

Tuhan sudah jadikan fitrah atau perikemanusiaan itu sebagai asas agama. Tapi fitrah ini walau baik macam mana sekalipun dia tak boleh tercabar. Kalau tercabar dia tak boleh pertahankan diri. Dia biasa duduk dalam keadaan tenang. Bila ada cabaran dia tak tahan. kalau haru biru dia akan terbawa sama. Kalau dia tak tindak balas dengan kejahatan orang, dia pula kecundang.

Kenapa fitrah tak tahan menghadapi cabaran? Kerana tunjang tak ada, cuma ada asas. Tunjang itu adalah :

iman,
perkara-perkara akhirat,
perkara-perkara ghaib.
wahyu,
sunnah,
Quran,
Hadis,
cintakan akhirat.

Atau dengan kata lain agama adalah tunjangnya. Bila fitrah ditunjang oleh agama, barulah fitrah itu bukan sahaja boleh kekal, tapi akan subur, akan kuat jati diri. Sebab itu orang yang fitrahnya sudah disuburkan oleh agama, dia tak jejas oleh cabaran. Orang buat jahat dengan dia, dia buat baik dengan orang itu. Luar biasa. Sebab sudah ada tunjang. Kalau perikemanusiaan sahaja tak mampu. Sebab itu manusia ini supaya jati diri kuat, jati diri teguh, mesti beragama. Fitrahnya dikuatkan iman, dikuatkan wahyu, dikuatkan Quran, dikuatkan oleh cintakan akhirat.

Disinilah silapnya Umat Islam di akhir zaman ini, samada Arab, Turki, Kurdi, Indonesia, Melayu, Thailand dia sudah tinggalkan agama, kecuali minoriti sangat. Kalau adapun tinggal fitrah sahaja, ada kemanusiaan sahaja. Harapkan itu sahaja, bila ada cabaran tak boleh tahan. Dia tak boleh buat baik pada orang yang berbuat jahat pada dia. Pada orang yang buat baik pun dia buat jahat. Sebab itu orang Arab, Turki, Melayu, Indonesia, Paskistan yang beragama Islam, sudah lupus Islamnya tinggal fitrahnya sahaja, tinggal perikemanusiaannya sahaja. Kalau perikemanusiaan sahaja tak larat, tak mampu kena cabar. Ini yang terjadi hari ini.

Contohnya: perlembagaan UMNO bagus: perjuangkan agama, bangsa melayu tapi keadaan masih tak berubah. Padahal perlembagaannya bagus, tapi kerana pada agama sudah acuh tak acuh maka tinggallah perikemanusiaannya sahaja. Perikemanusiaan pula bila dicabar misalnya dia minta kita bersih tapi orang lain tak bersih sedangkan sama-sama dari satu parti maka masing-masing berfikir begini Mana boleh yang lain sahaja rasuah aku tidak? Saya orang Melayu, tak boleh jadi ni, Akhirnya kita pun rasuah juga. Orang Melayu diminta jujur tak boleh juga, akhirnya hendak bela Melayu tinggal slogan tapi masuk parti ada tujuan lain. Walaupun slogan untuk bina melayu tapi bila ada peluang, berbuat perkara yang bercanggah dengan yang dislogankan itu.

Apa yang kita harapkan dari orang Melayu yang Islamnya sudah lupus? Harap perikemanusiaannya sahaja sudah punah, tak ada ketahanan. Jati diri sudah tak ada, terdedah pula pada pengaruh-pengaruh negatif. Jadi walaupun semua cakap hendak bina Melayu, itu bohong. Bukan sahaja agama sudah rosak, perikemanusiaan pun sudah rosak.

Perlukan Penyelamat untuk betulkan fitrah dan agama dunia

Kalau agama, perikemanusiaan sudah rosak, bukan senang untuk dibaiki. Kalau tak ada pemimpin yang berwibawa keadaan ini tak boleh dibaiki. Ini yang berlaku di seluruh dunia di Pakistan, Arab, Turki, Melayu, bukan sahaja agamanya, fitrahnya sudah hancur. Untuk bangunkan balik bukan senang. Orang Melayu masih ada fitrahnya sedikit. Di Timur tengah sudah hancur.

Contoh, di Jordan, di peringkat sekolah rendah pun hari-hari pelajar-pelajar bergaduh. Hari-hari bila guru marah dia hantukkan kepala pelajar ke meja. Padahal masih kecil, tapi orang Arab tak menangis. Kita tak akan selera untuk masuk bilik air sekolah karena najis bersepah. Punah betul fitrahnya. Jamban biasanya walau bangunannya cantik tapi pemegang/pipe pun ada najis, kencing banjir di atas lantai.

Kemudian, orang jual telur ayam rebus pagi-pagi laku, ramai orang sebelum pergi office beli telur itu. Kalau kita tak akan larat beli sebab telur ayam penuh tahi ayam di kulitnya. Sanggup mereka terus pecahkan telur dan makan.Jadi tak heran orang Yahudi perli. Yahudi kata: Kalau orang Mesir naik bas, sudah pandai berbaris, maka masa itu kami akan kalah perang. Sekarang di pintu bas pun orang Mesir bertumbuk. Sekalipun satu kaki sudah di pintu bas, tapi sanggup tarik orang itu keluar.

Fitrah Umat Islam sudah punah, perikemanusiaan yang sedikit pun sudah hancur. Apa harapan lagi? Umat Islam sudah tak boleh dibaiki. Umat Islam sudah tak boleh dididik, sudah tak tahu kena start daripada mana. Kalau setakat baiki diri itu biasa, baik diri dia sahaja tapi tak boleh baiki orang lain. Sebab itu banyakkan doa, disamping baiki diri supaya Tuhan datangkan penyelamat segera, supaya Tuhan turunkan rahmatNya.

Fitrah Penyelamat dijaga Tuhan sejak kelahirannya

Bila kita fahami sejarah orang Tuhan, kita lihat bahawa orang yang Tuhan hendak jadikan penyelamat Tuhan jaga fitrahnya dari kecil. Sebab kalau fitrah sudah rosak, di atas fitrah itu untuk menegakkan agama adalah perkara yang susah. Bila benih agama itu tidak rosak maka mudahlah untuk menegakkan agama di atasnya.

Contoh: para Rasul, tidak ada yang sejak lahir sahaja sudah dalam istana. Sebab orang yang lahir di istana itu fitrahnya rosak: sombong, megah. Perkara ini orang tak perasan. Sudahlah begitu setengah dari Rasul-rasul itu dari kecil sudah disusahkan sebab Tuhan hendak suburkan fitrahnya, supaya simpati dengan kesusahan orang lain :

Nabi Ibrahim lahir dalam gua dan tinggal dalam gua hingga umur 5 tahun. Tidak duduk dengan mak, mak hanya berulang tengok dan beri makan.

Nabi Yusuf pula sewaktu kecil lagi maknya mati. Walau ayah ada tapi adik beradik tak senang dengan dia, lalu berpisah dengan ayahnya. Adik beradik hendak membunuhnya tapi karena tak tergamak, akhirnya dibuang ke dalam perigi. Takdir Tuhan, ada musafir yang ternampak ada budak dalam perigi, kemudian diangkatnya. Sudahlah begitu, karena musafir tadi tengok budak itu cantik, maka diapun menjualnya. Nabi Yusuf kecil lagi sudah jadi barang jualan.

Untuk menyuburkan fitrahnya, Nabi Musa dihanyutkan di sungai. Walau waktu itu masih bayi, belum sedar lagi tapi bila diceritakan waktu dia sudah agak besar, kejadian itu sangat membawa keinsafan padanya.

RasulullahSAW sejak lahir ayah sudah tiada. Waktu umurnya 6 tahun ibunya pula meninggal lalu sejak itu dia dipindahkan dari tangan ke tangan. Seorang yang mengalami proses seperti itu dia akan simpati sangat dengan orang yang tak ada ibu dan ayah.

Sebelum itu untuk menjaga lagi fitrahnya agar tidak rosak, masa ada mak pun mak antar ke ibu susu yang tinggal di hulu, iaitu Halimatussadiyah. Jadi dia hidup di gunung-gunung dimana orang-orang disana fitrahnya masih baik, walaupun hakekatnya Tuhan yang mendidiknya. Sudah besar sedikit RasulullahSAW jadi tukang jaga kambing. Orang yang jaga kambing ini biasanya hatinya lembut. Kesusahan menjaga kambing itu sebenarnya Tuhan buat agar terjaga fitrahnya.

Orang Islam, setelah ditinggalkan oleh RasulSAW 1400 tahun lamanya, mahu juga beragama, tapi fitrah sudah dirosakkan. Sudah rosak fitrah budak baru hendak ajar dia Fardhu ain. Padahal fitrah itu asas pada agama.

Hadis ada menyebut: Hati manusia ibarat wadah/bekas. Kalau kita ada bekas yang kotor, apakah kita akan letak barang berharga di dalam bekas tersebut? Begitulah juga Tuhan, Dia tak akan beri hidayah kalau fitrah seorang itu sudah rosak. Yang berlaku pada Umat Islam hari ini, kita rosakkan anak kita dahulu baru kita hendak kenalkan dengan Tuhan. Tentu payah, sebab sudah cinta dunia, wadah sudah rosak. Sudah diserahkan pada pendidikan yang merosakkan barulah hendak mengisinya dengan hidayah. Jadi susah. Termasuk yang mengaji di University negara-negara Islam. Mengaji Hadis, Quran, Usuluddin tapi tak sembahyang. Bila balik nanti mereka akan jadi mufti, kadhi yang asyik sesatkan orang.

Sekarang seperti sudah jadi trend, anak-anak dirosakkan dahulu fitrahnya lepas itu baru mengaji agama. Bagaimana hendak bagi hidayah jika hati sudah kotor. Sebab itu kalau kita hendak lahirkan generasi baru, fitrah anak-anak kena dijaga. Bila dididik sejak kecil, mereka akan sekejap sahaja jadi berani, bijak, pandai, cinta dan takut Tuhan. Insya Allah.

Sekian

Iklan