Masyarakat Sebelum Merdeka Dan Selepasnya


Perbedaan Masyarakat Sebelum Merdeka dan Selepasnya

1. Boleh berada di satu kampung orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya. Zaman sekarang sudah disusun begitu rupa, ada taman orang miskin (rumah kos murah), ada taman golongan pertengahan, ada taman golongan hanya kelas untuk orang-orang kaya.

2. Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah justeru hidup nafsi-nafsi telah menebal.

3. Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama, sama-sama dijaga dan setiap orang boleh menegur dan merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan betapa orang biasa.

4. Dahulu orang buat maksiat seperti berjudi menyorok-nyorok, sekarang orang membuat maksiat secara terang-terangan.

5. Dahulu orang alim, cikgu dihormati dan disegani, sekarang orang tidak
peduli.

6. Dahulu kalau pengantin baru di dalam masa sebulan menziarahi keluarga kedua belah pihak agar kenal-mengenal keluarga kedua-dua belah pihak dan juga orang yang dihormati iaitu tuan guru dan ketua kampung.

7. Dahulu kalau ada orang meminang seorang perempuan sama ada untuk menerima atau menolaknya, orang-orang penting di dalam satu keluarga diajak berunding. Hari ini suasana ini sudah tiada lagi bahkan ada kalanya mereka berdua yang berkira.

8. Dahulu lelaki perempuan pantang berkenal-kenalan lebih-lebih lagi hendak berjalan berdua-duaan, dianggap satu pantang larang oleh masyarakat. Sekarang berjalan berdua yang bukan muhrim sudah jadi budaya.

9. Dahulu kalau atas nama mengaji Al Quran atau mengaji agama, guru-guru tidak mengambil upah bahkan setengah-setengah guru, dia menanggung makan lagi murid-muridnya. Sekarang mengajar Al Quran dan mengaji agama sudah jadi komersil.

10. Dahulu kalau alim ulama tempat orang ziarahi. Sekarang mereka tidak diziarahi lagi.

11. Dahulu setiap pokok yang berbuah di sesebuah kampung sudah menjadi adat setiap orang boleh mengambilnya, makanlah sekenyang-kenyangnya. Hanya dilarang membawa balik. Sekarang jangan, akan dianggap mencuri atau menceroboh.

12. Dahulu kalau orang menangkap ikan sungai, dapat banyak mereka agih-agihkan kepada orang kampung. Mereka tidak jual. Sekarang hal ini tidak berlaku lagi.

13. Dahulu kalau ada pergaduhan di kampung orang-orang tua akan mendamaikan dan dibuat kenduri, adakalanya dibuat di masjid. Sekarang tidak berlaku lagi.

14. Dahulu anak-anak muda yang belum berkahwin digalakkan tidur di masjid atau di surau. Sekarang sudah tiada lagi.

15. Dahulu kalau anak lelaki khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh bersunat, begitu juga anak-anak perempuan khatam Al Quran lebih dahulu baru boleh kahwin. Sekarang bersunat atau berkahwin tidak ada sangkut-paut dengan Al Quran.

16. Dahulu kalau ibu bapa menghantar anak pergi mengaji Al Quran mereka menghadiahkan kepada guru itu satu rotan sambil mengatakan kepada guru itu, kalau nakal anak saya ini rotanlah dia dengan rotan ini. Sekarang merotan murid satu pantang larang.

17. Dahulu orang ramai minat membawa hadiah-hadiah kepada guru-guru. Sekarang tidak berlaku lagi.

18. Dahulu kalau orang tidak pakai songkok berjalan, dianggap kurang adab. Sekarang tidak pakai songkok sudah jadi budaya bahkan ulama pun berjalan bergondol.

19. Dahulu kalau perempuan terutama perempuan muda, malu sangat kalau berselisih di jalan dengan lelaki. Sekarang berjalan berdua-dua lelaki perempuan bukan muhrim jadi budaya.

20. Dahulu pasangan yang berkahwin lelaki dengan yang perempuan mesti ada jarak umur, di antara isteri dengan suami ialah suami lebih tua daripada isteri paling tidak lima tahun. Sekarang kebanyakan suami isteri umurnya sebaya.

21. Dahulu kalau ada pemuda yang bekerja di negeri lain seperti sebagai
polis, askar, kalau balik cuti bukan sahaja menziarahi ibu bapa bahkan tuan-tuan guru dan orang-orang penting di kampung itu diziarahi sama. Kalau tidak dianggap tidak beradab. Sekarang sekadar ziarah ibu bapa sahaja. Ziarah orang penting di kampung sudah tiada lagi.

22. Dahulu perempuan-perempuan muda tidak akan keluar rumah kecuali dengan keluarga. Hari ini mereka keluar rumah sesuka hati tidak kira sama ada seorang diri atau dengan orang lain perkara biasa.

23. Dahulu di dalam masa pertunangan jangan mimpi hendak bertemu lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Sekarang belum bertunang pun sudah berjalan berdua-dua, betapa pula setelah bertunang.

SEKIAN

Iklan