Meluruskan Keliru Image Di Kalangan Wanita


Pada umumnya bila berbicara tentang imej orang sering mengaitkan dengan pakaian, penampilan seseorang, keretanya, rumahnya. Coba kita telaah apakah betul imej itu terletak pada pangkat, kecantikan, harta kekayaan. Apakah dengan kecantikan, harta, kekayaan orang hormat?

Imej pula bukan pada pakaian. Pakaian boleh dibuka. Kalau imej pada pakaian, macam mana kalau tukang rumput dia pakai coat dan tali leher karena nak imej. Orang bukannya boleh terima, bahkan hal itu menurunkan imejnya.

Apa Erti Imej?
Maksud imej adalah harga diri atau maruah diri. Dengan harga diri, maruah diri itulah orang lain boleh hormat atau tidak dengan seseorang, boleh yakin atau tidak dengan seseorang.

Imej atau maruah diri ada 2:
1.Imej atau harga diri masalah-masalah berbentuk lahir . Itulah apa masalah-masalah Tuhan jadikan semula jadi. Fisikal kita masalah-masalah Tuhan jadikan semula jadi. Jadi ada masalah-masalah wujud semula jadi pada diri kita

2.Imej atau harga diri yang berbentuk batiniah . Yang termasuk dalam bentuk ini misalnya: seperti kebolehan, ilmunya, kepandaian, keberaniannya dan lain-lain

Imej Kena Dijaga
Imej atau Maruah diri pada seseorang lebih besar nilainya dibanding hartanya. Karena dengan maruah itulah orang lain percaya atau tidak pada seseorang, yakin atau tidak. Sebab itu imej, maruah, identiti diri kena jaga. Dengan kata-kata lain ia jadi aset. Imej atau Maruah diri setiap orang wajib menjaganya, wajib mempertahankannya.

Kalau maruah diri wujud, dijaga dengan baik, tidak perlu minta orang lain hormat, maka orang akan hormat. Tak perlu minta orang lain yakin,orang akan yakin. tak payah kita minta orang malu dengan kita, nanti orang malu dekat kita.

1. Menjaga imej yang berbentuk lahiriah Fisikal kita masalah-masalah Tuhan jadikan semula jadi yaitu masalah-masalah wujud semula jadi pada diri kita, jangan nodai. Kalau kita nodai kita rosakkan diri kita, kita jadikan diri kita orang tak hormat pada kita, orang tak malu Dengan kita, orang tak yakin Dengan kita. Maruah lahir kita jaga dengan cara misalnya: tutup aurat, kena jaga pergaulan. Islam bukan melarang kita bergaul dengan lelaki. Islam mebolehkan kita bergaul dengan lelaki, tapi mesti jaga maruah. Nak belajar, nak mengajar, nak jadi korporat, nak berniaga boleh. Tapi kita kena jaga maruah. Cakap masalah-masalah perlu saja, jangan cakap masalah-masalah sia-sia. Jiran tengok jiran, jaga menjaga sesama jiran, itu disuruh. Belajar mngajar itu terpaksa dibuat. Tolong menolong tak dapat elak. Manusia tak dapat hidup sendiri, kena jaga menjaga, ingat mengingat. Namun jangan berniaga tapi akhlak Islam terbarai. Beraktiviti tapi akhlak terbarai, maruah jatuh.

Dengan lelaki ajnabi boleh bercakap, bergaul, tapi jangan berpegang-pegang. Boleh merangsang nafsu kedua-dua belah pihak. Nafsu amarah akan mendorong kita berbuat kejahatan. Kalaupun seseorang takut dengan Tuhan hingga tak berani buat maksiat, sedang nafsu terangsang, maka boleh terganggu fikiran kita, hilang kebahagiaan.

2. Menjaga imej yang berbentuk batiniah Imej yang berbentuk batiniah, seperti kebolehan, ilmunya, kepandaian, keberaniannya, dan lain-lain, tak boleh disia-siakan. Imej yang berbentuk batiniah ini karena boleh bermanfaat bukan saja untuk diri yang punya, tapi juga untuk masyarakat, maka ianya kena dijaga oleh dua pihak:
a. Pihak-pihak di luar orang yang mempunyai imej batin tersebut, seperti Kerajaan, masyarakat, mak ayah, atau pemimpin masyarakat kena menghormati seorang, malah ada kemampuan macam itu, kena diletakkan pada tempatnya. Itu termasuk kita menghormati atau menjaga imej orang itu.
Bila pihak-pihak tersebut faham bahawa imej batin ini adalah pemberian Tuhan pada masyarakat, maka tentulah mereka akan berusaha meletakkannya di tempat yang sesuai dengan kehendak Tuhan, akan meberikan kemudahan pada orang tersebut untuk menyalurkan kebolehannya, kepandaiannya, ilmunya, hingga akan segera terbinalah masyarakat yang terbangun tamadunnya.

b.Masalah-masalah empunya diri juga bila kemampuan kita dihormati, orang letakkan kita pada tempatnya, kena jaga imej batin yang Tuhan beri. Jangan megah, nanti identiti rusak. Jangan khianat, jangan disalahgunakan, jangan ambil peluang. Jangan melanggar aturan Tuhan, bila aturan Tuhan dilanggar maka identiti, maruah diri akan rosak. Bila kita rosakkan identiti kita, maruah diri jatuh, maka orang akan melupakan kita, orang tak hormat, maka kepandaian kita tak berharga lagilah.
Adakalanya identiti itu dirosakkan oleh orang lain atau pihak lain. Kalau yang punya diri sabar, beragama, walau dirosakkan orang lain, ia tak rosak. Misal ibu ayah, masyarakat tak menempatkan mereka di tempat di mana imej batin boleh diguna, dikembangkan, kalau yang punya diri sabar, maruahnya tak jatuh, bahkan yang lain akan simpati. Misal dalam satu syarikat karena ada pihak yang iri dengki, hingga yang punya imej batin tak diletakkan pada tempat yang sesuai, maka akan ada pihak-pihak lain yang simpati padanya. Namun bila ia tak sabar, tak puas hati dan memberontak, maka hilanglah simpati orang, boleh rosak maruahnya, terikut-ikut hanyut.

Contoh lain andai seorang itu sebagai peon. Bila ada majlis besar, ada menteri, Agong. Tiba-tiba peon diletak sebaris dengan menteri, itu bukan 1 kehormatan, 1 kehinaan. Namun bila yang punya diri tak mengambil nilai-nilai agama, maka banggalah dia, rosaklah identitinya.

Adakalanya identiti itu dirosakkan oleh tuan yang punya diri, misal dengan kehormatan malah diberikan pihak lain, dia rasa hebat, sombong, maka jatuhlah identitinya. Bila pihak lain yang merosakkan, orang akan simpati. Tapi bila diri sendiri yang merosakkan maka orang akan benci.

Yang patut kita sedihkan, hari ini banyak kaum wanita yang tidak sedar identitinya, maruahnya telah rosak karena dijadikan objek dari nafsu manusia. Kecantikan diguna untuk mengiklankan barang, maruah tergadai untuk dapatkan kemewahan.

Ada kala wanita terkenal, masyhur tapi korbankan identiti. Orang minat karena sesuai dengan nafsu, tapi tak mesti hormat. Kalau dia terkenal masyhur karena mungkin ada ilmu atau kemampuan, ada kebolehan, jaga pula maruah, bukan saja orang hormat, orang akan malu, malah tambah yakin.

Sekarang makin masyhur makin terkorban imej. Orang tak yakin. Padahal apa guna cantik tapi tak berakhlak, orang tak hormat. Islam tu, apa masalah-masalah disuruh sesuai dengan fitrah Tapi sekarang dah jadi lain. Minta orang homat tapi paksa orang. Orang sebenarnya tak hormat, tapi pura-pura hormat karena takut. Buruk bukan masalah. Kalau akhlak mulia, dan lain-lain, orang lupa pada buruk rupanya.

Sekarang ini, banyak yang popular di bidang science, kecantikan, profesyen, terkenal tapi orang tak minat, tak yakin, tak hormat, mau bila popular meluat. Artis politik, malu. Kenapa jadi begitu? Pasal dia tak jaga maruahnya. Dia sombong, hingga boleh terlepas-lepas cakap.

Bangun Akhlak Mulia Untuk Menjaga,Menaik Imej Diri.
Kalau seseorang ada pangkat, ada ilmu, ada kedudukan, kemudian dia merendah diri, melonjaklah lagi imejnya. Tambah hormat, dan sayanglah orang lain padanya. Kalau orang bawah, ilmu tak banyak, rendah diri dah baguslah, tapi tak melonjak.

Kalau hebat merendah diri malu, tak rasa hebat, begitulah sepatutnya. Namun bila orang itu ada ilmu, kedudukan, kaya, tapi sombong, orang takut, bukannya hormat dan sayang.

Kalau awalnya kita lihat orang cantik, gaul-gaul tengok perangainya tak baik, tak mau kita berkawan. Ada orang tak cantik, tambah kenal, tambah tahu baik perangai, semakin nak berkawan

Begitu juga dalam agama Islam, apa masalah-masalah disuruh sesuai dengan fitrah. Fitrah manusia suka berkawan dengan orang, malah disuruh merendah diri, berkasih sayang, pemurah, lalu Islam datang menyuruh manusia berakhlak sedemikian. Orang-orang yang memperjuangkan akhlak mulia dalam dirinya maka semakin orang lain bergaul dengannya, semakin orang sayang. Makin terlihat kebaikannya, jadi kalau ada ilmu dan lain-lain, kalau merendah diri, berkasih sayang, pemurah, dia pakai selipar saja naik imejnya, naik identitinya. Pakai selipar pun menaikkan idenitinya. Itu identiti.

Karena imej lahir sudah wujud pada seseorang, maka untuk dapat menjaga dan menaikkan imej, kita kena suburkan yang dalam, imej batin. Dengan kata lain kita perlu perjuangkan akhlak yang mulia dalam diri, untuk dapat menjaga maruah, menaikkan identiti diri. Akhlak yang mulia lahir dari rasa takut dan cinta dengan Tuhan yang mendalam . Oleh itu, tidak pelik bila orang-orang bertaqwa imejnya tinggi, maruah dirinya tinggi, hingga mereka dikenali di sepanjang zaman. Oleh itu, kita perlu menjadi orang yang cerdik, iaitu jadikan mereka khususnya wanita-wanita pada zaman salafussoleh sebagai teladan, contoh ikutan, untuk dapat membentuk imej diri yang tinggi yang Tuhan kehendaki, berjaya di dunia dan selamat di akhirat.

Sekian

Iklan