Mengapa Timbulnya Gejala Negatif Di Dlm Masyarakat


Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
(Bahagian 2)

Tuhan pula berkata: `Iqra`.
Itu lebih kuat. Tetapi pernahkah orang berkempen tentang sembahyang dan puasa? Begitu juga dengan kempen supaya orang bersedekah, maafkan orang atau berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita? Itu tidak berlaku. Kerana hati tidak boleh terima. Tetapi kalau yang sesuai dengan hati, mereka benar-benar berkempen seperti contoh-contoh yang disebutkan tadi. Mereka berkempen supaya kita menjadi bangsa yang berilmu dan maju. Bahawa kita mesti berdiri di atas kaki sendiri. Mereka katakan bahawa Tuhan menganjurkan supaya kita belajar sepertimana dalam firmanNya; lqra` .
Maksudnya Tuhan menyuruh kita baca` iaitu belajar mencari ilmu. Tetapi mereka lupa bahawa `Tuhan suruh baca dengan nama-Nya` . Yang mereka kempenkan tidak ada `dengan nama Tuhan`. Itu mereka tutup. Mereka hanya kempen tentang mencari ilmu sahaja. Kempenkan tentang maju sahaja. Tetapi alas nama siapa? Mereka tutup atas nama Tuhan`. Yang mereka lakukan adalah atas nama negara maka tidak mendapat pahala. Mereka lakukan atas nama bangsa, itu tidak mendapat keredhoan Tuhan. Yang Tuhan suruh ialah `hendaklah kamu belajar, hendaklah kamu maju dan hendaklah kamu mengembara atas nama Tuhan.` Tetapi ini semua ditutup. Mengapa ini terjadi? Ramai orang tidak sedar.

Padahal jelas bila Tuhan berfirman yang bermaksud: Bacalah atas nama Tuhanmu. Maksudnya, carilah ilmu (Iqra) tetapi jangan atas nama bangsa, fitrah, naluri, negara atau jemaah tetapi atas nama Tuhanmu. lqra` itu sebagai contoh. Yang lain itu boleh dikiaskan. Kalau kita belajar atas nama Tuhan, apa pun yang kita buat selepas habis belajar seperti contohnya membangunkan ekonomi, kebudayaan, jemaah atau perjuangan, semua itu adalah kerana Allah.

Sebab itu, perkara yang kedua ini (yang sesuai dengan fitrah), itu juga disuruh Tuhan dan begitu juga dengan hati kecil, maka kita sangat berkehendak ke arah itu. Kita tidak fikirkan lagi bagaimana hendak menjadi pandai, maju, membangun dan lain-lain lagi. Yang penting Tuhan suruh. Tetapi `atas nama Tuhan`, kita tutup. Maksudnya `atas nama Tuhan` itu tidak digunapakai.. Sebab kalau kita buat atas nama Tuhan, kita tidak boleh melanggar perintah Tuhan. Maksudnya, kalau dibuat atas nama Tuhan, nanti kita tidak boleh menipu, berbohong atau curi tulang dan sebagainya apabila melakukannya. Jadi, tutup `atas nama Tuhan` tetapi itu hanya diambil sebagai dorongan saja. Begitulah jahatnya manusia.

Padahal ayat itu jelas mengatakan bahawa belajar mesti atas nama Tuhan. Belajar atas dasar takutkan Tuhan. Belajar atas dasar cintakan Tuhan. Belajar untuk mendapat keredhoan Tuhan. Belajar untuk mendapat pahala dari Tuhan. Tidak boleh atas dasar lain . Begitulah juga kalau hendak maju dan membangun, mesti atas nama Tuhan, kerana takutkan Tuhan dan cintakan Tuhan dan untuk mendapat keredhoan Tuhan.

Sama seperti perintah yang pertama juga iaitu suruhan dan larangan yang naluri susah menerimanya, di mana kalau perintah pertama itu ada syarat, rukun, sah dan batal, yang kedua ini juga sama. Bagi perintah yang fitrah tidak senang menerimanya akan terbatal jika dilakukan dengan tidak mengikut syarat dan rukunnya. Maka bagi perkara yang kedua ini, ia juga terbatal kalau dilakukan dengan tidak mengikut syarat dan rukunnya. Tetapi oleh kerana yang kedua (suruhan dan larangan yang boleh diterima fitrah) ini seronok dan seolah-olah kita sangat mahu melakukannya maka kita lakukan tanpa memikirkan lagi untuk melakukannya atas nama Tuhan. Suruhan atas nama Tuhan itu ditutup-tutup. Melakukan suruhan atas nama Tuhan tidak dikempenkan atau dipromosikan. Yang dikempenkan ialah kita mesti buat dan kita mesti lakukan. Akhirnya, kita belajar atas nama fitrah tetapi bukan atas nama Tuhan.

Kita maju dan membangun atas nama fitrah, bukan atas nama Tuhan. Itu semua tidak mengapa dan boleh diteruskan. Tetapi hakikatnya, dicelah-celah menjadi pandai dan maju misalnya, banyak bergaduh dan berkrisis sesama sendiri. Kita membangun tetapi saling jatuh-menjatuhkan. Tuhan sudah marah kerana kita buat bukan kerana-Nya tetapi kerana fitrah diri sendiri. Maka tanggunglah diri sendiri. Inilah yang sedang berlaku di seluruh dunia Islam. Maju dan membangun tetapi berpecah-belah dan hancur kasih sayang serta banyak jenayah berlaku.

Murid sesama murid bergaduh malah guru dengan murid juga bergaduh. Tuhan biarkan. Kalau kita hendak maju, kita boleh maju. Kerana kita maju bukan dengan cara yang Tuhan kehendaki maka Tuhan lahirkan kesan-kesan sampingan dari kemajuan itu (side effect) yang akan menyusahkan kita. Sehingga akhimya segala kemajuan dan kepandaian itu tidak memberi erti apa-apa.

Sepatutnya perkara yang kedua juga diterima sebagai rahmat Tuhan. Tuhan menyuruhnya dan hati kita pun menerima dan menyuruh ke arah itu. Tuhan pun suka dan hati pun suka. Bukankah itu satu rahmat? Itu adalah kasih sayang Tuhan. Tetapi kenapa tidak dibuat atas nama Tuhan? Malah melakukan atas nama Tuhan itu ditutup dan disorok. Perintah untuk melakukan atas dasar cintakan Tuhan itu disorok. Jenis apakah manusia ini? Padahal dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan di mana Tuhan menyuruh kita melakukan semua perintah itu atas nama Tuhan. Sepatutnya kita berterima kasih dengan Tuhan. Sebab apa yang Tuhan perintahkan itu, hati kita juga menerimanya, gembira dan diperlukan. Tetapi sebaliknya, kita melakukannya bukan atas nama Tuhan. Patutlah dunia ini sudah menjadi neraka sebelum neraka. Kemajuan yang dirasakan seperti syurga tetapi penderitaannya adalah seperti masuk neraka sebelum neraka. Ini semua kerana Tuhan marah. Kita membuat kemajuan bukan atas nama-Nya lagi tetapi atas diri kita.

Ramai orang tidak menyedari perkara ini. Ulama juga tidak menyedarinya. Sebenarnya sama saja di antara perintah pertama dan kedua. Cuma yang pertama, perintahnya berat sebab tidak sesuai dengan hati sedangkan perintah yang kedua itu sesuai dengan hati. Tetapi di sisi Tuhan, kalau hendak menerima atau menolaknya, semua itu mesti bersyarat. Contohnya, sembahyang ada syarat sah, rukun dan batalnya. Maka kita mesti menjaga semua syarat-syaratnya. Sebab kita betul-betul buat kerana Allah. Niat pun sudah betul.

Begitu juga dengan perintah kedua ini yang sebenamya sama kerana kalau tidak menepati syarat dan rukunnya, tetap akan tertolak. Tetapi oleh kerana kehendaknya itu kuat, Tuhan hendak dan kita pun hendak melakukan perkara yang sama, hingga tidak sabar-sabar maka kita lakukan tanpa memikirkan syarat sah dan rukunnya. Sepatutnya kita malu dengan Tuhan. Tuhan sudah permudahkan kita dengan memberikan perintah yang sesuai dengan hati kita. Sepatutnya kita berterima kasih dengan Tuhan dan mengatakan bahawa perintah yang disuruh-Nya, itulah juga yang kita mahukan. Dan itulah yang kita perlukan. Tetapi kita tutup-tutup atas nama Tuhan. Kita hanya melakukan atas dasar tuntutan fitrah. Contohnya hendak menjadi pandai, maju dan sebagainya tetapi kita lakukan bukan atas dasar kerana Allah.

Perkara-perkara ini hendaklah dibetulkan. Kalau tidak, apalah ertinya kita maju tetapi tidak mendapat keredhoan Tuhan dan tidak mendapat pahala. Bahkan bukan itu sahaja, Tuhan mendera kita dengan banyaknya jenayah yang berlaku, pecah ukhwah dan hilang kasih sayang. Seolah-olah kita sanggup membeli kemajuan dan pembangunan ini dengan jenayah, peperangan dan sebagainya kerana kita perlu maju dan membangun. Maksudnya, tidak mengapa kalau jenayah banyak berlaku, hilang kasih sayang dan pecah ukhwah asalkan kita dapat maju dan membangun. Begitulah kalau kita berbuat tidak atas dasar perintah Tuhan tetapi ada dasar kehendak hati.

Sekian.

Iklan