Pendidikan Praktikal


Pendidikan yang tepat adalah pendidikan yang dilaksanakan untuk mendidik hakikat diri manusia itu sendiri iaitu roh, juga disebut sebagai sains kerohanian (spiritual science). Ia merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu dan roh manusia. Pendidikan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendidikan Barat yang hanya menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata. Maka lahirlah manusia yang tidak seimbang antara pembangunan akal, roh dan nafsunya.

Rasulullah SAW memerintahkan ibu bapa agar memulakan didikan dengan menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun menunaikan sembahyang. Ertinya, didikan secara praktikal sudah bermula sejak usia tujuh tahun. Malah ibu bapa wajib memukul anak-anak jika mereka mencuaikan sembahyang apabila telah mencapai usia sepuluh tahun. Persoalan sembahyang adalah tanggungjawab yang berat yang telah diamanahkan kepada ibu bapa.

Oleh kerana persoalan sembahyang itu amat penting, ia mesti dilaksanakan secara kolektif bersama ahli keluarga tanpa mengecualikan anak kecil kerana ia sangat mendisiplinkan seluruh kehidupan berkeluarga. Kalau sembahyang tidak dapat didisiplinkan, kehidupan keluarga akan menjadi kucar-kacir dan berterabur. Sembahyang yang disusun atur dan diprogramkan secara berjemaah merupakan satu cara terbaik untuk mendidik anakanak kerana is mendedahkan mereka kepada perkara yang dipandang tinggi, besar dan agung oleh Rasulullah SAW dan oleh Allah SWT. Inilah kaedah yang paling tepat dalam memulakan didikan.

Mari kita lihat bagaimana masyarakat Australia mengajar anak-anak mereka untuk hidup supaya menjadi bangsa yang maju dan dirancang untuk menguasai ekonomi dan dunia. Pelajar-pelajar sekolah dasar dibekalkan kek cawan (cup cake) untuk dijual ketika keluar dari rumah menuju ke sekolah. Manakala pelajarpelajar sekolah menengah pula diajar supaya berdikari dengan bekerja di pejabat-pejabat setelah tamat waktu pengajian. Malah mereka disokong pula oleh majikan-majikan premis di tempat mereka bekerja secara sambilan (part-time). Mereka telah memulakan proses pembinaan bangsa sejak kecil lagi. Berbeza dengan fenomena yang berlaku di Malaysia, siswazahsiswazah universiti yang mengambil bidang pertanian dan ekonomi contohnya, mereka masih belum tahu apa itu pemasaran (marketing). Bangsa Cina di Malaysia telah menguasai tampuk ekonomi negara. Mereka juga mengajar anak-anak mereka berniaga secara kecil-kecilan sejak kecil lagi.

Sebenarnya, inilah yang perlu diterapkan pada para pelajar melalui kursus praktikal di dalam atau luar negara. Barulah mereka tahu bagaimana bangsa yang maju melatih anak bangsanya. Bermula dan situ, bukan saja pelajar dapat menguasai ilmu melalui pendidikan praktikal malah pendidik dapat mencungkil sifat-sifat positif dan negatif yang tercetus ketika pendidikan praktikal sedang dilaksanakan. Barulah pendidik boleh mengenal dan mendidik nafsu, akal dan roh mereka.

Sebab itu, kita dapat saksikan umat Islam di dunia yang mempunyai 40 buah negara pun tidak kuat ekonomi, ketenteraan dan politiknya. Mengapa perkara sebesar sistem pendidikan bagi umat Islam yang boleh memperkasakan umat Islam tidak dikaji? Sepatutnya OIC bersidang untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah ini. Bukan sekadar memikirkan tentang minyak dan perkara yang remeh-temeh sahaja.

KONSEP DEWASA MENURUT ISLAM
Mukalaf adalah seorang muslim yang berfikiran waras dan telah mencapai usia baligh. Baligh merupakan peralihan (turning point) bermulanya tanggungjawab ke atas individu muslim. Ia berlaku seawal-awalnya dari usia sembilan tahun dan selewat-lewatnya lima belas tahun. Jika kita kaji pandangan ulama sekarang mengenai hikmah baligh, mereka hanya mampu mengatakan bahawa ini adalah masa bermulanya kewajipan mendukung hukum Tuhan, dosa dan pahala. Tidak lebih dari itu.

Sebenarnya, di sebalik kejadian Tuhan ini ada hikmahnya yang besar dan tersirat yang mesti difahami oleh para pendidik, ibu bapa dan pemimpin kerana usia baligh yang ditetapkan oleh Milian umumnya dianggap sebagai terlalu awal untuk menerima tanggungjawab. Jadi, apakah isyarat Tuhan di sebalik perkara baligh tersebut? Baligh ertinya seorang manusia itu telah dewasa dari segi batiniahnya sehingga diwajibkan untuk menunaikan perintah Tuhan dan meninggalkan larangan-Nya. Seolah-olah Tuhan ingin memberitahu kita bahawa didikan yang tepat semenjak kecil ialah dengan mendorong akal, nafsu dan roh supaya ikut dewasa bersaina fitrah dan fizikalnya. Ini bermakna, usia sembilan hingga lima belas tahun merupakan titik tolak bermulanya title dewasa bagi setiap individu Islam mahupun bukan Islam dari segi fizikalnya mahupun rohaninya.

Kesan daripada didikan yang tidak seimbang, realiti yang berlaku sekarang sangat berbeza dengan apa yang dibuktikan oleh sejarah. Bagi orang-orang dahulu, roh dan akal mereka turut dewasa bersama fizikalnya. Roh dan akal mereka turut baligh bersama tubuhnya. Sebagai contoh, Sayidina Usamah bin Zaid telah dilantik sebagai panglima perang ketika umurnya 18 tahun. Sekarang, usia panglima tentera tiada yang kurang dan 40 tahun.

Hasan Al Basri, pada usia mudanya iaitu sepuluh tahun, telah diiktiraf oleh Sayidina Ali untuk mengajar ulama dan Sahabat dalam tafsir, fekah, tasawuf dan lain-lain sedangkan beliau dari tabiin. Imam Asy Syafie pula telah dilantik menjadi mufti di Baghdad ketika berusia lima belas tahun.

Demikianlah contoh sejarah yang membuktikan kepada kita betapa pendidikan yang dilagangkan oleh orang-orang yang dilantik Tuhan sangat adil dalam meletakkan manusia pada tempatnya kerana sistem ini datang dan Tuhan yang menjadikan manusia dan semestinya Dia adalah Yang Maha Pakar dalam menentukan pendidikan yang tepat untuk mereka. Itulah rahsia bagaimana Rasulullah SAW berjaya membina empayar dalam tempoh 23 tahun sahaja. Bayangkan, dalam usia 13 tahun, Imam Syafie sudah mampu menyumbang sesuatu untuk memperjuangkan Tuhan. Bandingkan apa yang berlaku sekarang. Walaupun sudah berumur 25 tahun tetapi masih tidak mampu memasak. Padahal Tuhan telah memberi isyarat lebih awal. Kenapa masih tidak selari dalam mendewasakan akal dan roh. Mengapa akal dan roh tidak didewasakan bersama-sama fizikal.

Tuhan beri isyarat dengan istilah baligh sebagai satu garisan sempadan (border) kepada berakhirnya zaman kanak-kanak dan bermulanya zaman dewasa. Para pendidik perlu tahu, tidak cukup dengan hanya fizikal yang dewasa ketika baligh tetapi roh dan akal patut dewasa juga. Malang sekali kalau sudah berumur 30 tahun tetapi akalnya masih di peringkat kanak-kanak belasan tahun. Contohnya, ramai siswazah universiti yang telah menamatkan pengajian mereka tetapi tidak pandai mencari makan sendiri.

Golongan yang sudah berumur pula sebahagiannya sibuk dengan hobi yang tidak bermanfaat seperti memikat burung, melaga ayam dan sebagainya tanpa mengambil endah tanggungjawab mereka terhadap Tuhan dan masyarakat. Ada pula golongan yang jawatannya tinggi tetapi fikiran masih tidak matang. Sebenarnya, mereka adalah mangsa korban pendidikan yang salah. Fizikal baligh tetapi roh dan akal seperti kanak-kanak. Kalau masyarakat zaman dahulu, ramai yang berkahwin awal. Ertinya, bila sudah baligh atau sudah menjadi orang dewasa, mereka mampu dan boleh berkahwin. Sedangkan, kahwin bukan suatu perkara yang mudah. Mudahkah menjaga dan menyara anak orang? Bagaimana perkara ini boleh berlaku kalau tidak melalui sistem pendidikan yang mematang dan mendewasakan manusia lahir dan batinnya semenjak baligh. Di zaman ini, orang yang kahwin di antara umur sembilan hingga lima belas tahun akan diketawakan orang. Mereka masih berwatak kanak-kanak.

Oleh itu, kita perlu merancang untuk membina persekitaran yang selesa serta mengenal pasti anak-anak kita dalam menjayakan proses pematangan manusia hingga lahirlah kanak-kanak berusia 13 tahun yang mampu mendidik masyarakat seperti Imam Asy Syafie. Membina persekitaran yang merangsang pembinaan roh dan akal sebagai wadah melahirkan orang yang dewasa roh dan mentalnya seperti orang dewasa sehingga boleh menjadi ulama dalam usia muda. Perlaksanaan sistem ini mesti dimulakan sekarang supaya menjadi role model kerana setakat ini kita belum mempunyai contoh untuk diketengahkan.

Ini satu paradigma baru institusi pendidikan di peringkat rendah supaya roh, akal dan nafsu manusia menjadi dewasa di hari mereka baligh. Hati mereka yang suci menjadikan mereka lebih hebat dan orang dewasa kerana tidak sempat melalui zaman gelap dan kotor. Oleh itu, mulai dari sekarang pastikan anak kita tidak dibazirkan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa menjadi aset agama, bangsa dan negara yang berkualiti tinggi di masa akan datang.

Sistem pendidikan di dunia hari ini melahirkan pelajar-pelajar yang membayangkan nilai moral yang dahsyat hingga jatuh ke tahap minus. Belum pun mereka sempat diperkenalkan kepada Tuhan, mereka telah menjadi syaitan dan binatang yang bukan sahaja din mereka tidak selamat bahkan menjadi ancaman kepada orang lain. Adakah pelajar-pelajar yang berwatak begini boleh diketengahkan sebagai pelapis pemimpin dan pencorak negara bahkan dunia di masa akan datang?

Mari kita mengulangi sejarah Muhammad Al Fateh yang ketika umurnya 21 tahun di Turki mampu membina empayar yang menundukkan kuasa besar di kota Konstantinopel. Inilah bukti kebenaran yang dibawa oleh sistem pendidikan yang mendewasakan roh dan akal selari dengan kedewasaan fitrah dan fizikal manusia. Kalaulah di usia muda manusia mampu melakukan tanggungjawab yang besar, apatah lagi jika mereka telah mencapai usia yang lebih dewasa. Sudah tentulah berbagai-bagai kejayaan lagi dapat mereka cetuskan.

Iklan