Sebaik- Baik Manusia


Bismillahirrahmaanirrahim.
Segala puji bagi Allah setinggi-tinggi pujian untuk Allah yang mentakdirkan sesuatu yang kita tak tahu sebelum samada kita mahu atau tidak mahu, samada takdir itu pengajaran bagi kita atau hukuman bagi kita.

Selawat dan salam bagi Rasulullah SAW, orang yang paling dicintai oleh Tuhan. Manusia paling agung, paling pelik kejadiannya di dunia.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya :
1. Sebaik-baik manusia, manusia yang paling baik akhlaknya
2. Sebaik-baik manusia, manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

2 hadis ni Rasulullah SAW cakap mungkin di dua tempat atau dua masa. Kalau kita tak pandai menggabungkannya seolah satu sama lain bertentangan.
Hadis 1 mengatakan sebaik-baik manusia paling baik akhlaknya, yang ke-2 manusia yang paling baik, manusia yang banyak manfaatnya bagi manusia lain. Seolah Rasulullah SAW cakap 2 hadis nilainya sama. Mana satu yang betul? sedangkan ini ucapan Rasulullah SAW. Hukum dalam Islam samada dari wahyu atau dari sabda Rasulullah SAW itu hukumnya satu tak ada 2, 3. Tapi ini macam ada 2. Rasulullah SAW lupa ke? Salah cakap ke? Satu masa dia cakap yang paling baik yang paling berakhlak, pada masa lain yang banyak khidmat pada orang lain.

Kedua-duanya kena digabungkan , yang pertama , Rasulullah SAW cakap secara umum, manusia yang paling baik paling baik akhlaknya. Bila Rasulullah SAW cakap begitu sudah maklum, akhlak itu ada 2, yaitu akhlak kepada Allah dan kepada manusia.

Yang kedua , menunjukkan khidmat itu adalah akhlak kepada manusia. Dah maklum kalau manusia tak ada akhlak kepada Allah tak ada arti akhlak kepada manusia. Kalau Rasulullah SAW cakap berakhlak kepada manusia, sudah pasti dia berakhlak kepada Allah. Kedua hadis saling menguatkan. Kalau kita tak faham, nampak macam 2 hukum, bertentangan, tapi tidak. Sebab tu kita nak tafsirkan Quran Hadis kena hati-hati. Terjemah syarah, terjemah syarah.

Maklumlah bahawa manusia yang paling baik, manusia yang berakhlak dengan Allah dan berakhlak dengan manusia. Jadi hadis tu maksudnya manusia paling baik itu adalah yang berakhlak dengan Allah dan dengan manusia.

Sedangkan dalam Islam ini ada 3 aspek. Akidah, syariat, akhlak. Rasulullah SAW sebut akhlak, tak sebut akidah atau syariat. Maksudnya kemuncak orang beragama, kemuncak orang berakidah dan bersyariat ialah orang itu berakhlak tinggi, berakhlak agung. Kalau orang tak berakhlak tinggi, dia tak memilik kemuncak agama. Akidah, syariat kalau difahami dihayati akan membuahkan akhlak. Kalau sampai berbuahlah akidah dan syariat tu, itulah kemuncak agama. Dia bukan tersendiri. Siapa manusia yang akhlaknya baik, orang itu memiliki kemuncak Islam, kemuncak agama.

Untuk menghuraikan dua hadis ni selanjutnya, di dalam ajaran Islam ini yang penting tentulah akidah, yang ke 2 syariat, yang ke 3 buahnya akhlak. Kalau orang berakhlak tidak bertunjangkan akidah dan syariat, akhlaknya itu Tuhan tidak terima. Mungkin dilahirkan oleh enviroment atau suasana. Dia tak bertunjangkan iman. Yang diterima oleh Tuhan bahkan dianggap manusia paling baik mestilah bertujangkan akidah dan syariat.

Kalau orang itu faham ilmu tauhid bukan setakat tauhid cukup makan tapi faham betul, menghayati, dari akidah yang betul itu, akidah yang dihayati itu akan lahir akhlak pada Tuhan. Apa akhlak pada Tuhan? Takut dengan Tuhan, cinta dengan Tuhan, rasa ber-Tuhan, syukur pada Tuhan, rasa adilnya Tuhan, rasa agungnya Tuhan, rasa hebatnya Tuhan, rasa Tuhan mendengar, Tuhan melihat, Tuhan berkuasa, dan lain-lain.

Kalau akidah itu lengkap, tidak setakat cukup makan, ia akan membuahkan akhlak dengan Tuhan. Kalau manusia berakhlak dengan Tuhan, sepatutnya sudah cukup. Tapi Tuhan bukan untung. Kita membesarkan Tuhan, apakah Tuhan untung? Kita cinta Tuhan, takut Tuhan, rasa bertuhan, Tuhan bukan untung. Tuhan tak perlu itu semua, yang perlu manusia. Sebab itu Tuhan suruh kita berakidah dan berakhlak ada rahsia, untungnya pada manusia . Tuhan tahu bila orang kenal, cinta dan takut Dia, padahal Tuhan tak perlu, Tuhan tak untung, rahsianya Tuhan cipta syariat, ada perintah ada larangan, ada suruhan ada tegahan, macam-macam aspek, manusia itu akan menjadi taat setia dan taat membabi buta pada Tuhan.

Bila orang dah taat setia dengan syariat Tuhan, datanglah akhlak kepada manusia. Yang penting manusia untung, Tuhan bukan untung. Diantara syariat, disuruh kasih sayang, bila orang tauhid kuat dia akan patuh, dia akan berkasih sayang dengan manusia. Kita untung, bukan Tuhan untung. Manusia perlu keuntungan ini.

Diantara syariat Tuhan, Tuhan suruh bekerjasama. Siapa yang untung? Manusia. Rasa bersama menolong orang membantu orang, manusia yang untung. Bertimbang rasa dengan orang berperikemanusian itu semua syariat. Kalau dilaksanakan dengan takut Tuhan, Tuhan tak untung, yang untung manusia.

Pahamlah kita orang yang benar-benar berakidah, bertauhid, mengahayati akidahnya pertama sekali dia berakhlak dengan Tuhan, padahal Tuhan tak perlu. Tuhan buat begitu ada rahsia, targetnya manusia. Tuhan ciptakan syariat terlalu banyak, berlaku di semua sudut : ekonomi, perhubungan, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain Bilamana manusia dah berakhlak dengan Tuhan, maka manusia akan patuh membabi buta, nak wujudkan cintanya pada Tuhan, akhirnya manusia untung.
Inilah yang dimaksudkan oleh Tuhan dalam Quran. Tidaklah kami utus engkau Muhammad selain untuk jadi rahmat bagi sekalian alam. Berakidah dengan Tuhan, jadi berakhlak dengan Tuhan, akhirnya berakhlak dengan manusia. Kalau sudah sampai berakhlak dengan manusia, itulah manusia paling bertaqwa, paling baik, dia sudah memiliki kemuncak agama. Kalau akidah dan syariat saja yang selesai, itu belum kemuncak lagi.

Jadi kalau orang berakidah tapi tidak ada akhlak dengan Allah, itu tak betul. Itu akidah cukup makan, boleh jadi makan tak cukup. Akidah tak cukup makan murtad. Begitu juga kalau orang bersyariat banyak, sembahyang, baca Quran, wirid zikir, tak lahir akhlak dengan manusia, ibadah yang dibuat tak ada nilai di sisi Tuhan.

Biarlah satu pokok mempelam kita tanam, tapi berbuah, lebih baik dari ada satu estet 2,000 hektar mempelam tapi tak berbuah.

Kalau Tuhan kata tak payah berakhlak dengan Aku sebab Aku dah kuat dan dah sempurna, apa jadi dengan manusia. Tak ada side effect, manusia terbiar. Sebab tu ada hadis Qudsi, Aku sayangkan hamba Aku lebih dari seorang ibu kepada anaknya. Itu kasih sayang Tuhan. Tuhan suruh kita berbuat yang Dia tak perlu, tapi ada nilai kasih sayang sesama manusia. Bijaksana Tuhan, kalau kita, kita tak perlu kita tak buat atau tak suruh orang lain buat. Sebab tu diciptakan syariat, sedang orang tak bersyariat Tuhan tak susah, rupanya ada hubungan dengan manusia, manusia untung, bijaksana Tuhan.

Sekian.

Iklan